[VIDEO] 'Main huru-hara tidak apa, janji jersi kemas elok', 2 ubi muda dan kit baharu ‘trigger’ fans Penang Haria


  • Podium
  • Isnin, 19 Feb 2024

Jersi pra musim Penang FC untuk saingan 2024/2025. — Facebook/PenangFC

PENYOKONG Penang FC hari ini boleh tersenyum apabila pihak pengurusan akhirnya mendedahkan perkembangan semasa pasukan dengan mengumumkan jersi pra musim untuk saingan baharu ini.

Menerusi video pengenalan yang dimuat naik di laman sosial rasmi, skuad Harimau Kumbang menampilkan dua helai jersi berwarna putih merah dan biru hitam serta bendera Pulau Pinang kekal tersemat di bahagian dada sebelah kiri kit berkenaan.

Lebih istimewa apabila kit pra musim itu disarung oleh pemain Penang FC musim 2024/2025 iaitu Alif Ikmalrizal dan Muhammad Aikmal Roslan yang difahamkan dinaikkan pangkat ke skuad senior.

Dua pemain muda itu sudah bersama Harimau Kumbang sejak musim lepas dan tanpa disangkal lagi, kedua-dua mereka bakal menjanjikan persembahan cemerlang untuk membantu Penang mencatat keputusan positif musim ini.

BACA LAGI: Ramai teka Syafiq Ahmad, misteri bintang baharu Penang FC terjawab

Menjengah di ruangan komen Penang FC, 'pemain ke-12' Harimau Kumbang rata-ratanya gembira dengan keputusan pihak pengurusan dan kejurulatihan yang memberi peluang untuk ubi muda mempertaruhkan kehebatan mereka pada musim ini.

"Prospek penyerang negara ini. Harap Alif Ikmalrizal selalu dapat kesebelasan utama," kata penyokong Penang FC, Abu Luqman.

"Good signing. Mantap naik pangkat Aikmal Roslan," puji laman penyokong Harimau Kumbang, Penang BPK - Biru Putih Kuning.

"Jersi kuning susu tu lawa. Tak serabut. Main huru-hara tidak apa, janji jersi kemas elok. Penyokong pun boleh fokus stress pada satu perkara saja," kata penyokong Penang, Muhammad Faris.

Alif yang sebelum ini beraksi bersama Perlis United mula mencuri tumpuan penyokong ketika banyak membantu Penang FC di bahagian serangan dan kehadirannya lebih disukai berbanding pemain import, Abdeen Temitope Abdul.

BACA LAGI: Bek kiri KL City jadi rebutan kelab Utara tanah air, ex Penang FC turut puji kebolehan Nabil Hakim

Jika dibandingkan dari segi statistik, Abdeen yang dibawa masuk pada Julai lalu tidak mencetak sebarang jaringan gol untuk Penang dan hanya tampil dalam lima perlawanan termasuk tiga aksi Liga Super.

Pemain berusia 21 tahuh itu pula sudah mencetak tiga jaringan gol pada musim lepas dan kini membuktikan bahawa kualiti pemain tempatan jauh lebih baik daripada membeli pemain import yang hanya gah pada fizikal dan nama mereka saja.

Manakala Aikmal pula difahamkan tulang belakang pasukan Bawah 23 tahun (B-23) Penang dan pemain muda itu pastinya tidak mempunyai masalah untuk memahami taktikal pengendali Harimau Kumbang, Akmal Rizal Ahmad Rakhli. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram