KEDAH Darul Aman (KDA) FC terus berputih mata apabila dijangka bakal kehilangan pemain import handalan dari Argentina.
Nama Manuel Hidalgo dikatakan bakal dikeluarkan daripada skuad dengan pemain tersebut dijangka akan menyertai sebuah kelab di Pantai Timur iaitu Sri Pahang FC menjelang musim 2024/25.
Kemunculannya pasti dinantikan oleh penyokong Tok Gajah berikutan gaya permainan yang cukup berkualiti kerana mampu membuatkan pertahanan lawan kucar-kacir dengan kehadirannya.
Selain pemain kelahiran Argentina tersebut, nama pemain sayap Harimau Muda Bawah 23 Tahun (B-23), T. Saravanan turut dikhabar akan meninggalkan Kuala Lumpur (KL) City FC dan berhijrah ke pasukan Pantai Timur itu.
Pastinya kehadiran Saravanan ke skuad Tok Gajah itu dijangka akan membantu mempertajamkan bahagian serangan pasukan tersebut.
BACA LAGI: Dah tiba masa ganti Ifwat, KDA FC antara 3 kelab patut sambar Rahadiazli
Saravanan merupakan POTM Liga Super untuk Mei 2023. — PFAM
BACA LAGI: [VIDEO] Masih DNA Croatia, TFC dengarnya rekrut 2 rakan senegara Ivan Mamut termasuk bintang UCL
Khabar angin itu dianggap benar selepas pemerhati sukan tanah air, T Avineshwaran mendedahkan perkara tersebut di laman X.
"Sri Pahang bersedia untuk memperkukuhkan pilihan sayap mereka untuk musim baharu.
"Difahamkan bahawa pemain sayap Argentina, Manuel Hidalgo dan pemain sayap Bawah-23 Tahun Malaysia, T. Saravanan akan berpindah ke skuad Tok Gajah," ciapnya.
Melihat kepada khabar angin tersebut, pastinya pasukan kendalian Fandi Ahmad itu akan tampil garang dalam saingan Liga M musim 2024.
Untuk rekod, bersama Sri Pahang, Hidalgo begitu cemerlang membantu skuad Tok Gajah apabila berjaya memperoleh sembilan jaringan serta 14 bantuan gol dalam 35 penampilan.
Saravanan pun tidak ketinggalan mencipta rekod apabila merupakan pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super 2023 bagi Mei. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram