[VIDEO] 'Game panas', 7 kad kuning pernah cemari aksi JDT-KDA FC


  • Podium
  • Selasa, 20 Feb 2024

Pemain Kedah, Jose Franco Regino membuat aksi lipatan di dalam petak penalti pasukan JDT pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA. — Agensi

SEBUT sahaja nama Johor Darul Takzim (JDT), pastinya penyokong tanah air mahupun luar negara mengenali pasukan gergasi bola sepak tersebut.

JDT menjadi satu-satunya pasukan yang mencatat sejarah apabila menjulang trofi Liga Super selama sedekad yang tidak pernah lagi diciptakan oleh mana-mana pasukan domestik.

Di bawah kendalian Esteban Solari yang juga merupakan bekas pengendali Harimau Selatan itu, JDT muncul sebagai pasukan Liga Super pertama menjulang kesemua empat trofi semusim, atau juga dikenali sebagai 'quadruple'.

10 tahun lalu, JDT yang dikendalikan oleh Cesar Jimenez ketika itu dilaporkan berpuas hati dengan aksi persembahan yang ditampilkan oleh anak-anak buahnya itu dalam aksi timbal balik suku akhir Piala FA di Stadium Darul Aman, Kedah itu.

BACA LAGI: Demi minit permainan, tonggak Kuching City pilih kekal di Bumi Kenyalang

BACA LAGI: Selain tunggu 3 import, Perak dedah hampir dapatkan 'keeper' JDT

JDT yang dijadualkan berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC ketika itu tampil cemerlang selepas berjaya melangkah ke separuh akhir aksi tersebut.

JDT menundukkan KDA FC dengan keputusan 2-0 pada aksi timbal balik dan meraih kemenangan secara agregat 5-1.

Dalam aksi ketika itu, kedua-dua pasukan bermula seimbang apabila saling menguji pintu gol lawan dan babak pertama suku akhir kedua itu menyaksikan tiada sebarang jaringan dihasilkan kedua-dua pasukan.

Harimau Selatan berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-17 di babak kedua menerusi penyerangnya Norshahrul Idlan Talaha yang mengambil kesempatan atas kesilapan pertahanan Kedah, Khairul Helmi Johari.

Penyerang gantian JDT, Safee Sali menambah kelukaan Kedah apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-84, hasil hantaran Amri Yahyah.

Menariknya perlawanan ketika itu, kedua-dua pasukan dilaporkan bergelut sehingga dicemari dengan tujuh layangan kad kuning diberikan oleh pengadil perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram