HM mungkin ‘test’ Jepun sebelum terbang ke Qatar


  • Podium
  • Khamis, 22 Feb 2024

Malaysia dijangka bakal berdepan Jepun untuk persiapan Piala Asia B-23. — FAM

PERSIAPAN rapi sudah pastinya akan dilakukan oleh Juan Torres Garrido untuk memastikan skuad Harimau Muda akan tampil garang di Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) dekat Qatar kelak.

Dalam kejohanan yang bakal diadakan pada bulan April, Harimau Muda dijangka akan menentang satu pasukan handalan Asia sebelum berangkat terbang ke Qatar.

Memetik laporan Vocket FC, skuad kendalian Garrido dilaporkan akan menentang Jepun sebelum mereka akan berangkat ke Qatar bagi berdepan Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait.

Selain daripada Jepun, Malaysia juga dijangka akan melakuan aksi pemanas badan bersama-sama India dan juga tuan rumah Qatar.

Akan tetapi, ia masih menunggu pengesahan dan kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, semuanya akan dimuktamadkan kemudian.

BACA LAGI: Selangor ‘provide’ ilmu Eropah untuk jurulatih 'ubi muda'

2239729

Malaysia akan bertemu India dan dua lagi negara dalam aksi persahabatan di laman sendiri. — FAM

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Yang dakwa bukan dalam MBI pun’, MB Selangor jawab tuduhan tak lantik kontraktor rancang KSSA

"Saya akan umumkan pada bulan Mac akan bermain di sini (perlawanan persahabatan). Beraksi bertemu India dan dua aksi lagi.

"Selepas itu kita akan ke Qatar. Kita akan main lagi dua atau tiga perlawanan, mungkin lawan Jepun. Qatar kemungkinan pasti akan bertemu, Jepun pula kita akan bincang," ujar Hamidin.

Lawan-lawan yang dipilih itu melihatkan Malaysia begitu serius untuk sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir Piala Asia B-23 pada tahun ini.

Hal ini kerana, berjaya menjadi empat pasukan terbaik menjanjikan slot ke acara bola sepak di Sukan Olimpik 2024 yang akan diadakan dekat Paris, Perancis.

Skuad kendalian Garrido harus memperoleh tempat tiga terbaik untuk layak ke secara automatik dalam temasya sukan terbesar dunia itu.

Seandainya menjadi pasukan keempat terbaik, Malaysia perlu berdepan wakil dari Afrika untuk merebut slot 0.5 yang perlu ditentukan menerusi perlawanan play-off. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram