[VIDEO] Demi regu Muay Thai, Muslim Ahmad pikul tayar, berlatih sampai termuntah


  • Podium
  • Rabu, 21 Feb 2024

Sesi latihan itu boleh dikatakan cukup mencabar buat Muslim yang muntah ketika sesi itu dijalankan.

KEPUTUSAN bekas pertahanan negara, Muslim Ahmad untuk menceburi sukan Muay Thai membuatkan orang ramai tertanya-tanya akan hala tujunya tersebut.

Dia yang dilepaskan skuad Tok Gajah masih belum diikat mana-mana pasukan dengan isu kecederaan dialaminya musim lalu membuatkannya sukar untuknya mencari majikan baharu.

Namun, dengan usianya sudah mencecah 34 tahun, pemain berkenaan dilihat sudah sesuai untuk menggantung but sekiranya tidak mempunyai destinasi baharu selepas ini.

Bagaimanapun, pilihannya untuk memilih sukan Muay Thai masih menimbulkan tanda tanya kerana seni mempertahankan diri itu cukup mencabar buat sesiapa sahaja.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Mungkin fans yang ambil', Khairul Fahmi kongsi kisah selipar kena rembat lepas solat Jumaat

1707168

Muslim tidak meraih sebarang minit permainan buat skuad Tok Gajah musim lalu. Facebook/Sri Pahang FC

Selain perlu mengorbankan masa untuk sesi latihan, mereka yang menceburinya juga perlu cekal dan sanggup mencabar keupayaan masing-masing ketika perlawanan mahupun berlatih.

Cabaran itu seakan-akan sedia ditempuhi Muslim yang kini giat berlatih menjelang aksi pertamanya di Padang Serai, Kedah pada 24 Februari berdepan lawan yang dikenali sebagai Atingpek.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook T-Fight 2.0, bek tengah kental itu menjalani latihan menggunakan peralatan buatan sendiri seperti tayar dan beberapa barangan lain.

Antara aktiviti dilakukannya termasuk tekan tubi serta pecutan jarak pendek yang dilakukan untuk meningkatkan tahap kecergasan dan ketahanan.

BACA LAGI: [VIDEO] Aksi kelab Selangor-Pahang Rangers jadi hangat, ramai selar mentaliti pemain profesional

Sesi berkenaan boleh dikatakan cukup mencabar buat Muslim apabila dia termuntah ketika melakukan larian, namun segera bangkit untuk meneruskannya.

Selain itu, dia juga melakukan latihan di dalam gelanggang ditemani seorang individu yang membuktikan bahawa pemain berkenaan sudah sememangnya bersedia.

Ketika bergelar pemain, anak jati Kuala Terengganu itu boleh dikategorikan sebagai antara yang paling cergas meskipun beberapa kali disisihkan akibat isu kecederaan.

Musim lalu, dia juga kurang diberikan peluang bersama Sri Pahang FC kerana usianya membuatkan pemain itu sukar menyesuaikan diri dengan taktikal Fandi Ahmad.

Sekiranya Muslim tidak disambar mana-mana pasukan musim depan, terdapat kemungkinan bahawa dia akan terus menceburi Muay Thai memandangkan sukan itu sudah semakin terkenal dalam negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram