Demi minit permainan, tonggak Kuching City pilih kekal di Bumi Kenyalang


  • Podium
  • Selasa, 20 Feb 2024

Di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak, Kuching City FC menamatkan saingan Liga Super 2023 di tangga ke-13. — Instagram/_arhamkhussyairi

TONGGAK pertahanan, Arham Khussyairi Abdul Wahab, mengesahkan dia akan terus kekal bersama Kuching City FC untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025.

Menurut pemain berusia 24 tahun itu, dia teruja untuk terus kekal di Sarawak selain peluang bekerjasama dengan pengendali The Cats, Aidil Sharin Sahak, untuk musim kedua.

'Setakat ini, Alhamdulillah boleh dikatakan 90 peratus benar sebab tempoh hari dengan segala persiapan Kuching City, CEO pasukan sendiri pun dah ada call saya menyatakan hasrat memang nak kekalkan saya.

"Saya setuju untuk kekal di Kuching," katanya.

BACA LAGI: Kuching City makin ‘meow’, sambar 4 bintang baharu termasuk keyplayer JDT

WhatsApp Image 2024-02-20 at 12.06.21

Arham (dua kiri) ketika dikawal ketat oleh beberapa pemain Selangor FC. — Instagram/_arhamkhussyairi

BACA LAGI: Selain tunggu 3 import, Perak dedah hampir dapatkan keeper JDT

Arham Khussyairi atau mesra dengan sapaan Along itu turut mengakui persaingan merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan kian sengit dengan kemasukan beberapa muka baharu, namun percaya peluang buat dirinya tetap ada.

Untuk rekod, Along telah beraksi dalam 16 perlawanan bagi semua kejohanan membabitkan Kuching City musim lalu.

"Sebagai pemain memang kita nak minit permainan sebab dari setiap perlawanan itu kami akan meningkatkan prestasi.

"Memang khabar angin mengatakan ramai muka baru akan sertai Kuching City musim baru ini tapi bagi saya sendiri, saya akan buat yang terbaik.

"Saya akan rebut tempat untuk saya diberikan minit permainan. Saya sendiri yakin Insya-ALLAH saya ada peluang," katanya. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram