Kuching City makin ‘meow’, sambar 4 bintang baharu termasuk keyplayer JDT


  • Podium
  • Isnin, 19 Feb 2024

Skuad The Cats akan tampil lebih garang dengan memasukkan beberapa wajah baharu pada musim depan. — Facebook/KuchingCity

KUCHING City FC boleh dikatakan antara kelab underrated yang diam-diam sudah mempunyai rancangan tersendiri untuk menambah baik mutu pasukan supaya dapat memberi saingan sengit kepada pesaing Liga Super lain.

Kerancakan membawa masuk pemain antara perkara positif yang sedang dibuat oleh pengendali The Cats, Aidil Sharin Sahak dalam memastikan pasukan bimbingannya berada di landasan tepat untuk musim baharu ini.

Setakat ini, pasukan berpangkalan di Borneo tanah air itu sudah membawa masuk dua pemain iaitu Rodney Calvin bagi mengisi pertahanan tengah Kuching City dan Shamie Iszuan Amin untuk membantu bahagian serangan dengan peranannya sebagai sayap kanan.

Usaha membawa masuk pemain berkualiti itu masih lagi diteruskan dengan difahamkan skuad The Cats sedang dalam proses untuk merekrut tiga lagi tonggak baharu dan seorang daripadanya ialah bintang Johor Darul Takzim (JDT), Daniel Amier Norhisham.

Daniel Amier yang berperanan dengan menggalas tugas sebagai arkitek pasukan merupakan produk akademi Frenz United dan pernah berkhidmat dengan kelab Felda United dari 2017 hingga 2020.

BACA LAGI: [VIDEO] Tak minta banyak, Aidil Sharin diharap buat keputusan tepat sign bintang flop HM

daniel amier

Daniel Amier beraksi di posisi tengah untuk skuad JDT II yang beraksi di Liga Perdana musim lalu. — Facebook/JDT

BACA LAGI: Bukan Syafiq Ahmad, bintang tersisih 'kaki kaca' JDT disebut-sebut jadi buruan Sang Kenari

Pemain berusia 26 tahun kelahiran Kuala Lumpur itu secara rasmi menjadi ahli keluarga Harimau Selatan pada Disember 2020 dan banyak beraksi untuk skuad JDT II dalam Liga Perdana musim 2022.

Seperti nasib pemain lain, Daniel Amier juga antara yang banyak meluangkan masa di bangku simpanan juara bertahan Liga Super itu dengan hanya memperoleh 106 minit permainan dengan satu gol menerusi empat penampilan bersama JDT II sepanjang musim 2022.

Oleh itu, ramai bersetuju untuk melihat Daniel Amier berhijrah ke Kuching City bagi membantu mengembalikan namanya dan sekali gus membawa pulangan lumayan untuk naib johan Piala Cabaran musim 2023 itu.

Selain bekas pemain Harimau Muda itu, pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam juga berkongsi tiga lagi nama yang bakal memperkuatkan pasukan The Cats pada musim 2024/2025 ini.

Tiga nama yang berada dalam radar Kuching City ialah pertahanan PDRM FC, James Okwuosa; Arif Fadzilah dari Terengganu FC (TFC) dan penyerang sayap kiri, Kuala Lumpur (KL() City FC, J. Partiban.

Partiban sebelum ini dipinjamkan ke Kedah Darul Aman (KDA) FC pada jendela perpindahan Julai lalu dan pemain berusia 31 tahun itu jelas memberi impak kepada bahagian serangan dengan bergandingan bersama Manuel Hidalgo dan Ifedayo Olusegun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram