[VIDEO] Tak minta banyak, Aidil Sharin diharap buat keputusan tepat sign bintang flop HM


  • Podium
  • Ahad, 11 Feb 2024

Aidil Sharin (kanan) difahamkan akan membuat rombakan kecil untuk memperhalusi lagi skuad Kuching City bagi musim baharu. — Facebook/KDAFC

SEJAK di bawah kendalian Aidil Sharin Sahak pada penghujung musim 2023, Kuching City seakan-akan menemui rempah baharu untuk tampil menjadi pasukan yang akan memberi cabaran sengit kepada pasukan lain pada saingan 2024/2025.

Apa yang menarik mengenai pelan skuad The Cats bagi musim baharu ini, pihak pengurusan yang diketuai Pengerusi Kuching City FC, Fazzrudin Abdul Rahman memberi sokongan penuh buat pengendali kelahiran Singapura berkenaan mencari para pemain idamannya.

Disebabkan itu, tidak pelik jika Aidil Sharin mengambil keputusan untuk menandatangani bekas pemainnya di Kedah Darul Aman (KDA) FC, Rodney Calvin bagi mengisi pertahanan tengah Kuching City.

Pencarian pemain Aidil Sharin tidak setakat berfokus pada bekas pemain, jurulatih berusia 46 tahun berkenaan itu juga disahkan sudah menandatangani Shamie Iszuan Amin pada Sabtu.

Menerusi Facebook rasmi kelab, Shamie Iszuan diumumkan sebagai pemain baharu Kuching City bagi musim 2024/25 dan khidmatnya pasti akan digunakan untuk membantu bahagian serangan dengan peranannya sebagai sayap kanan.

BACA LAGI: Pernah bersama Aidil di Kedah, bintang Piala Asia Jordan akan 'reunion' di Kuching City?

BACA LAGI: Sedia 'on loan', jangan biarkan Selangor, Pahang atau Kuching penuhi demand Haqimi Azim

Ketibaan Shamie Iszuan di kampung halaman bagaimanapun mendapat respons kurang senang daripada segelintir penyokong The Cats sehingga ada yang melabelnya sebagai bintang flop Harimau Malaya.

Gelaran berkenaan diberi selepas Shamie Iszuan gagal meraih minit permainan bersama Sri Pahang walaupun sebelumnya pemain berusia 28 tahun berkenaan antara wajah utama bagi skuad Piala AFF 2022.

“Selamat datang Shamie ke Kuching City. Saya harap tahun ini awak dapat minit permainan yang banyak bersama Kuching. Di Pahang Shamie agak flop. Prestasinya turut sikit ketika bersama Pahang,” kata penyokong, Kingdom Grafique.

“Keputusan sudah di tangan coach Aidil. Tapi Shamie ini pasukan lain dah tak nak sebab tak berikan impak positif kepada pasukan. Harap dia dapat tingkatkan prestasi,” pendapat penyokong The Cats, Aboh Manok.

Pada Januari lalu, Shamie Iszuan memilih untuk tidak kekal bersama skuad Tok Gajah selepas hanya tampil dalam 13 perlawanan bersama skuad kendalian Fandi Ahmad kerana banyak menghabiskan masa di bangku simpanan musim ini.

Meskipun rekod lampau Shamie Iszuan bersama Sri Pahang tidak menyeronokkan namun Aidil Sharin pasti mempunyai rancangan tersendiri untuk membantu mengembalikan potensi sebenar penyerang sayap itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram