JDT kini 1,000 langkah di depan 'rival' Liga Super, siap pintas 2 kelab gergasi Jepun


  • Podium
  • Isnin, 19 Feb 2024

JDT memintas dua kelab Jepun dalam ranking dikeluarkan oleh Opta Analyst. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

USAHA keras yang ditonjolkan oleh pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah mula membuahkan hasil di peringkat tertinggi.

Sejak mula memasuki kancah bola sepak Malaysia pada 2013, JDT mula menguasai sedikit demi sedikit arena sukan tersebut dan itu terbukti apabila mereka menjuarai Liga Super untuk 10 musim berturut-turut.

Lebih menarik, JDT telah meletakkan nama mereka dalam peta bola sepak Asia apabila berjaya memenangi Piala AFC pada 2015. Legasi itu diteruskan apabila mereka mula kerap bertanding dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) sebagai wakil tunggal Malaysia.

Kini, usaha keras mendaki puncak kejayaan itu semakin menampakkan nama JDT di persada dunia apabila nama mereka telah berjaya memintas beberapa kelab handalan Asia.

Dalam ranking kelab yang dikeluarkan oleh laman Opta Analyst, JDT kini semakin hampir untuk menembusi kedudukan 300 kelab terbaik dunia apabila mereka berada di kedudukan ke-323.

BACA LAGI: Cetak gol pertama di Thailand 'tutup pintu' 2 gergasi Liga Super sambar Dion Cools

BG-Pathum-United-v-Johor-Darul-Ta'zim-LIVESCORE

JDT merupakan wakil tunggal Malaysia di kejohanan utama Asia. — AFC

BACA LAGI: Slot import masih kosong, Selangor boleh sambar kapten Thailand kukuhkan 'back four'

Dengan memperoleh rating sebanyak 75.4, JDT sebenarnya berjaya memintas beberapa kelab utama Asia terutamanya gergasi bola sepak Jepun. JDT memintas Kashima Antlers yang menduduki tempat ke-327 serta Urawa Red Diamonds di kedudukan ke-335 dunia.

Bukan itu saja, JDT turut meninggalkan dua lagi kelab utama Asia iaitu Al-Ain (Emeriah Arab Bersatu) yang berada di tempat ke-354, manakala Al-Ahli (Arab Saudi) ketinggalan di posisi ke-381.

Kedudukan JDT itu terlalu sukar untuk dikejar oleh mana-mana kelab di Malaysia ketika ini. Sebagai perbandingan, selepas JDT, Selangor FC merupakan kelab Malaysia kedua terbaik dengan Gergasi Merah menduduki kedudukan ke-1,489 dunia.

Ia secara tidak langsung telah membuatkan JDT telah 1,000 langkah ke depan dengan meninggalkan pesaing-pesaing tempatan mereka di Malaysia.

Sudah pasti, terlalu banyak yang perlu dilakukan oleh kelab-kelab lain di Liga Super untuk mengejar JDT supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam usaha meraih kejuaraan di Malaysia.

Persediaan beberapa kelab di Malaysia ketika ini dilihat baik, mungkin akan ada kejutan kita dapat saksikan dalam musim baharu Liga Super kelak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram