SATU masa dulu, bola sepak Malaysia pernah berada di kedudukan yang tidak begitu baik. Ada yang menganggap kualiti Malaysia sangat rendah dan tidak mampu bersaing.
Melihat penglibatan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) telah membawa harapan baharu buat penyokong bola sepak Malaysia.
Dalam masa beberapa tahun saja, TMJ berjaya membuatkan JDT sebagai kuasa bola sepak Malaysia terutamanya selepas Harimau Selatan menjadi juara Piala AFC pada 2015.
Selepas itu, timbul permintaan tinggi dalam kalangan penyokong agar TMJ mengambil alih kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Pada mulanya, TMJ tidak mahu, tetapi atas desakan penyokong, keputusan untuk mencabar jawatan presiden dilakukan.
Sewaktu dalam perjalanan untuk menjadi Presiden FAM, TMJ mengatakan satu misi telah direncana iaitu untuk 'membersihkan' badan induk bola sepak negara daripada pelbagai masalah.
BACA LAGI: Dilepaskan Sri Pahang, Muslim Ahmad tukar angin sertai sukan Muay Thai?
TMJ menjadi Presiden FAM pada 2017. — Majoriti
BACA LAGI: Kelihatan serupa musim lalu, ada kata jersi baharu Perak 'tidak segar'
"Saya buat kerana ramai orang minta saya lakukannya dan baiki apa yang rosak. Selain itu, ayahanda saya mahukan saya mengambil peluang yang ada dan gunakan ia untuk lakukan perubahan. Kerana itu, saya melakukannya.
"Untuk mengubah dan merombak FAM, inilah peluangnya. Peluang itu tiba sekarang, dan ini adalah peluang kita untuk mengubahnya buat selama-lamanya dan menjadi seperti negara yang berjaya seperti Jepun, Thailand dan negara-negara lain," kata TMJ pada 2017.
TMJ kemudiannya sah menjadi Presiden FAM apabila diangkat pada Kongres FAM pada 25 Mac 2017. Sejak itu, tumpuan mula terarah kepada pemilik JDT itu mengenai cara untuk mengangkat martabat bola sepak Malaysia.
Akan tetapi, perkara itu tidak lama apabila TMJ memilih untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden FAM setahun kemudian dalam misi membangunkan badan penganjur liga iaitu Malaysian Football League (MFL).
Walaupun tempohnya tidak lama, tetapi impak ditinggalkan TMJ telah membuka jalan kepada era yang lebih gemilang buat bola sepak Malaysia.
Selepas melepaskan jawatan dan diterajui oleh Datuk Hamidin Mohd Amin, bola sepak Malaysia berada pada tahap yang lebih baik.
FAM melantik Kim Pan-gon sebagai jurulatih Harimau Malaya dengan kesannya Malaysia berjaya layak ke Piala Asia secara merit selepas empat dekad.
Malah, Malaysia turut berjaya mencecah ranking 130 dunia yang merupakan kedudukan terbaik dihuni selepas lama berada di bahagian bawahan.
Malaysia juga semakin hampir untuk mara ke Piala Dunia 2026. Dengan mendahului kumpulan kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia ada peluang besar untuk pergi ke peringkat seterusnya dan bermimpi untuk beraksi di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico dua tahun dari sekarang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram