DALAM bola sepak, jersi bukanlah sekadar pakaian yang dipakai oleh pemain ketika beraksi. Sebaliknya, ia turut melambangkan sebuah identiti dan tradisi sesebuah kelab.
Dengan jersi, ekspresi identiti sesebuah kelab dapat ditonjolkan dengan lazimnya, warna tradisi pasukan akan digunakan pada jersi utama (home) mereka.
Itulah yang ditonjolkan oleh kelab Liga Super, Perak FC apabila mereka melancarkan jersi untuk musim baharu 2024/2025 pada Sabtu.
Dikeluarkan oleh Cheetah, jersi baharu Perak menerima kritikan selepas rekaan yang dihasilkan untuk musim baharu hampir serupa dengan edisi musim lepas.
Di laman X (Twitter), pengguna akaun bernama Joe Zakaria mengkritik jersi baharu Perak yang dianggap sebagai tidak segar dari segi rekaan yang dihasilkan.
"Kenapa aku tak rasa fresh dengan jersi home baharu Perak FC? Terlalu serupa sangat dengan jersi musim lepas. (Hanya perlu) hitamkan lengan, tadaa jersi home baharu (siap)," ujarnya.
BACA LAGI: Lepas ikat ubi Krgyz, Perak dalam misi kejar mesin gol dari Colombia
Jersi baharu Perak menerima kritikan. — Facebook/Perak FC
BACA LAGI: Dilepaskan Sri Pahang, Muslim Ahmad tukar angin sertai sukan Muay Thai?
Dalam masa yang sama, Joe turut menanggap harga yang dikenakan seperti tidak begitu berbaloi dek kerana rekaan yang hampir serupa.
Untuk rekod, Perak menjual jersi musim baharu mereka pada kadar harga RM159 sehelai.
"RM159, terlalu awal untuk aku cakap berbaloi atau tak. (Untuk) first impression, tak berbaloi untuk jersi RTW (ready-to-wear)," tambah Joe lagi.
Dalam masa yang sama, Joe turut memberikan rating iaitu 4/10 untuk jersi baharu Perak tersebut.
Tindakan Perak melakukan tindakan sedemikian berkemungkinan kerana ingin cuba mengikut cara kelab Belanda iaitu Ajax Amsterdam yang sering melakukan perubahan minima dalam corak rekaan jersi utama mereka.
"(Mereka mungkin) amalkan konsep macam Ajax Amsterdam la kot. Kekalkan identiti cuma ubah sikit-sikit dari segi bentuk jalur atau main warna di jersi," kata akaun Twt Bola Pahang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram