Dilepaskan Sri Pahang, Muslim Ahmad tukar angin sertai sukan Muay Thai?


  • Podium
  • Ahad, 18 Feb 2024

Muslim Ahmad dijangka akan menukar sukan daripada bola sepak kepada Muay Thai.

MUSIM baharu Liga Super semakin menghampiri kita semua dengan kelab-kelab sudah mula mendapatkan pemain baharu untuk menguatkan skuad sedia ada.

Selangor FC, Terengganu FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) antara kelab giat mendapatkan pemain baharu untuk memastikan cabaran mereka terus kuat dalam mencari kejuaraan.

Tetapi seperti adat dalam bola sepak, jika melakukan perpindahan masuk sudah pasti ada pemain yang keluar. Jika mereka mempunyai tuah, mereka akan menyertai kelab baharu.

Namun begitu, ada kelab yang melepaskan pemain dengan mereka kemudiannya tidak mempunyai pasukan untuk musim baharu.

Ini mungkin menyebabkan salah seorang bekas pemain Sri Pahang FC iaitu Muslim Ahmad memilih untuk ceburkan diri dalam sukan lain.

Muslim yang sudah dilepaskan oleh Sri Pahang selepas tamat musim 2023, dilihat menyertai sukan tempur iaitu Muay Thai.

BACA LAGI: Lepas ikat ubi Krgyz, Perak dalam misi kejar mesin gol dari Colombia

WhatsApp Image 2024-02-18 at 11.05.05

Poster pertarungan antara Muslim Ahmad dan Atingpek. — T-Fight

BACA LAGI: [VIDEO] Protes kreatif, fans guna kereta kawalan jauh ganggu aksi bola sepak di Jerman

Hal ini dapat disaksikan apabila tersebar poster Muslim akan menyertai pertarungan dalam kejohanan T-Fight yang diadakan pada penghujung Februari.

Pertarungan yang bakal diadakan di Padang Serai, Kedah bakal menyaksikan Muslim bakal bertarung menentang Atingpek yang berasal dari Perlis dalam satu pertarungan khas.

Di media sosial T-Fight, Muslim turut berkongsi mengenai persiapannya menjelang pertarungan tersebut.

Bekas pemain kebangsaan itu dilihat giat berlatih untuk memastikan dia berjaya menewaskan Atingpek dalam pertarungan tersebut.

Dalam masa yang sama, penglibatan Muslim dalam sukan tempur mula memberikan petanda adakah dia akan meninggalkan bola sepak sepenuh masa?

Dengan Muslim kini tidak mempunyai kelab, ia mungkin akan membuka jalan kepada Muslim untuk menyertai sukan tempur secara sepenuh masa ditambah dengan usianya sudah mencecah 34 tahun.

Jika Muslim serius untuk berhijrah ke sukan tempur, dia akan mengikuti jejak langkah bekas penjaga gol Chelsea, Petr Cech yang meninggalkan bola sepak dan kini menjadi pemain hoki ais. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram