'Mula huruf P, akhir dengan G', Saravanan milik Penang atau Pahang?


  • Podium
  • Ahad, 18 Feb 2024

Saravanan kini dalam perjalanan keluar dari KL City. — Agensi

SAAT ramai yang teruja melihat perpindahan pemain terutamanya bagi kelab seperti Selangor FC, Terengganu FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT), persiapan pasukan lain juga masih menarik untuk disaksikan.

Di saat musuh tradisi mereka rancak mensiapkan skuad bagi tampil lebih garang berbanding musim lalu. Kelab Lembah Klang, Kuala Lumpur City FC (KL City) dilihat lebih senyap dalam usaha membawa masuk pemain baharu.

Berkemungkinan kerana isu gaji yang melanda kelab, skuad Warga Kota seolah-olah menarik brek dalam usaha mencari pemain tetapi dalam masa yang sama, melepaskan muka-muka sedia ada menyertai pasukan lain. Itu adalah satu situasi yang kurang sihat sebenarnya buat mereka.

Selepas kehilangan Azim Al-Amin kepada Selangor dan berpotensi terlepas pasangan kembar Declan dan Ryan Lambert serta penyerang Haqimi Azim, KL City berdepan kemungkinan akan terlepas seorang lagi pemain kepada kelab lain.

Pemain yang dimaksudkan adalah penyerang iaitu T. Saravanan. Penyerang muda berusia 22 tahun itu kini dikatakan dalam perjalanan untuk meninggalkan KL City dengan dua potensi destinasi telah dikenal pasti.

BACA LAGI: [VIDEO] Protes kreatif, fans guna kereta kawalan jauh ganggu aksi bola sepak di Jerman

01-1

Saravanan merupakan POTM Liga Super untuk Mei 2023. — PFAM

BACA LAGI: Contohi 3 kelab termasuk Selangor elak Pan-gon guna muka lama menjelang ‘double header’ lawan Oman

Menurut pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam, destinasi seterusnya buat Saravanan dikatakan adalah kelab yang bermula dengan abjad "P" dan diakhiri dengan "G".

Jika diambil kira dalam konteks bola sepak Malaysia, terdapat dua kelab yang menepati kriteria tersebut. Dua kelab yang dimaksudkan adalah Penang FC serta Sri Pahang FC.

Kedua-dua kelab juga turut mempunyai ruang untuk membaiki bahagian serangan mereka jadi tidak mengejutkan sekiranya Saravanan akan ke salah satu pasukan tersebut. Namun begitu, belum dapat dipastikan perpindahannya adalah secara pinjaman atau tetap.

Dengan statusnya sebagai penyerang kebangsaan, tidak mustahil bakat Saravanan menjadi rebutan. Jika diasah dengan baik bakatnya, pasti Saravanan mampu muncul sebagai penyerang handalan negara kelak.

Untuk rekod, Saravanan merupakan pemenang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Super 2023 bagi bulan Mei. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram