Perpisahan Peter Segrt dengan Tajikistan buka jalan ke Liga Malaysia?


  • Podium
  • Sabtu, 17 Feb 2024

Segrt (depan) membawa Tajikistan sehingga ke suku akhir Piala Asia. — Agensi

KEJOHANAN Piala Asia 2023 menyaksikan pelbagai cerita yang terhasil sebelum, semasa dan selepas ia diadakan.

Drama selepas kejohanan cukup mencuri perhatian apabila beberapa nama pengendali telah disingkirkan daripada pasukan kebangsaan masing-masing.

Pengendali Bahrain, Juan Antonio Pizzi telah pun disingkirkan selepas hanya mampu membawa pasukan tersebut sehingga ke pusingan suku akhir.

Sementara nama yang penuh kontroversi, Jurgen Klinsmann juga ditunjukkan jalan keluar oleh Korea Selatan selepas pengendali tersebut gagal menamatkan kemarau enam dekad negara itu untuk memperoleh Piala Asia.

Selain itu, terdapat pelbagai kontroversi berlaku dalam kem Korea Selatan termasuklah pergaduhan antara Son Heung-min dan Lee Kang-in semasa mereka di Qatar.

Kini satu lagi nama yang sudah pun tidak lagi bersama skuad kebangsaan iaitu pengendali Tajikistan iaitu Peter Segrt.

Segrt yang dikenali sebagai pengendali yang penuh riuh dan semangat telah meninggalkan pasukan tersebut selepas berjaya membawa Tajikistan ke suku akhir Piala Asia yang merupakan pencapaian terbaik mereka dalam sejarah.

BACA LAGI: Hype lain macam tengok Akhyar dan Safawi, TFC bakal raih 3 ‘durian runtuh’

GGczdKYacAAAsaC

Sergt (tengah) merupakan seorang pengendali yang penuh personaliti. — Agensi

BACA LAGI: [VIDEO] Perancangan selari dengan misi peribadi buatkan Umar Eshmurodov akhirnya tinggalkan Uzbekistan demi Selangor

Pengendali dari Croatia itu meninggalkan Tajikistan selepas kontraknya tamat pasca Piala Asia dengan destinasi seterusnya masih belum diketahui.

"Peter Segrt meninggalkan jawatannya sebagai ketua jurulatih Tajikistan selepas kontraknya tamat. Di bawah kendaliannya, pasukan kebangsaan Tajikistan berjaya bertanding di Piala Asia 2023 di Doha dan layak sehingga suku akhir.

"Persatuan Bola Sepak Tajikistan berterima kasih kepada Peter Segrt atas khidmatnya selama dua tahun dan mengucapkan selamat maju jaya kepada kerjayanya sebagai jurulatih," kata FA Tajikistan dalam kenyataan mereka.

Dengan destinasi seterusnya masih belum diketahui, mungkin sudah tiba masa untuk Segrt dirisik oleh kelab Liga Super.

Dengan personalitinya yang berbeza daripada jurulatih lain, kehadiran Segrt boleh menambah rencah kepada Liga Super yang sedang membina kemeriahannya menerusi persiapan rapi kelab.

Mungkin sedikit sukar untuk mendapatkan Segrt memandangkan dia adalah pengendali berkelas Asia dan permintaan gajinya mungkin tinggi untuk mana-mana kelab cuba melamarnya.

Tetapi dengan pengalamannya yang pernah mengendalikan kelab Indonesia serta fasih berbahasa Indonesia, mungkin Sergt boleh menimbang tawaran untuk mencuba nasib di Malaysia pula.

Persoalannya kini, kelab manakah berani untuk cuba membawa Sergt ke Malaysia? — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram