SAINGAN Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 bakal memulakan tirainya pada Sabtu dengan menyaksikan tiga perlawanan membabitkan enam kumpulan bakal menggegarkan arena futsal tanah air.
Bakal membuat perhitungan pertama menentang Sabah FA, Selangor FC bagaimana dilihat sudah berada dalam keadaan cukup bersedia selepas membuat persiapan rapi.
Perkara itu dikongsikan di laman X oleh pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam yang mendedahkan bahawa Selangor kini dalam persiapan dengan masih mengekalkan tonggak utama pasukan tersebut, Syahir Iqbal Khan.
BACA LAGI: Zainal Abidin beri bayangan kekal, akui belum bersedia
BACA LAGI: [VIDEO] Dah ada pilihan lain, 3 sebab kenapa Tok Gajah masih kejar Seanaldo
Bintang futsal Selangor FC itu turut mendedahkan bahawa dirinya menolak tawaran lumayan daripada beberapa kelab lain namun memilih untuk kekal bersama Selangor FC.
"Ya, tidak dapat dinafikan memang saya terima tawaran besar dan jika saya fikir nak duit memang saya pergi, tapi saya tolak kerana berasakan diri masih muda.
"Keputusan saya untuk kekal bersama Selangor sebab untuk keluar dari pasukan ini terlalu awal kerana baru satu season.
"Saya nak konsisten bersama Selangor tapi kalau ada rezeki di luar saya akan cuba mempertimbangkan tapi sayanglah nak tinggal Selangor," katanya.
Selangor FC bakal berentap bersama Sabah FC di KSN Panasonic, Shah Alam, Selangor pada Ahad. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram