SAINGAN Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2024 bakal memulakan tirainya pada Sabtu dengan menyaksikan tiga perlawanan membabitkan enam kumpulan bakal menggegarkan arena futsal tanah air.
Sementara itu, satu perlawanan lagi bakal menyaksikan Sabah FA bakal membuat perhitungan pertama menentang Selangor FC pada Ahad di KSN Panasonic, Shah Alam, Selangor bagi saingan MPFL divisyen 1 2024.
Sabah FA antara pasukan yang berwajah baharu untuk musim apabila pasukan Borneo tanah air berkenaan melantik pengendali kelahiran Thailand, Patt Sriwijit dan membawa masuk dua import dari Brazil, Felipe Leite dan Joao Gabriel.
Felipe bukan nama yang diperkenalkan lagi dalam kalangan peminat futsal apabila pemain itu pernah menyarung jersi kelab gergasi Thailand, Bluewave Chonburi dan pernah mengambil pengalaman bersama Vassagey Oita dari Jepun pada 2018/19 dan 2019/20.
Keputusannya menyarung jersi Sabah FA pada musim ini seolah-olah memberi amaran awal bahawa pasukan dari Borneo itu sudah bersiap sedih untuk memberi saingan sengit kepada pencabar lain.
BACA LAGI: Duo beradik, bintang malap skuad Lembah Klang dalam radar Tok Gajah
Jadual perlawanan MPFL minggu ini. — Facebook/FAM
Malah, pemain yang akan menyarung jersi nombor sembilan berkenaan juga optimis bahawa dia mampu menjadi penjaring terbanyak MPFL musim 2024 dan membantu Sabah menghuni kedudukan tiga teratas.
"Saya seronok datang Malaysia. Saya dan rakan-rakan akan bantu Sabah untuk capai sasaran terbaik. Kami akan latihan dengan sebaiknya untuk dapat sasaran tiga teratas yang sudah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
"Taktikal jurulatih mungkin agak sangat susah sikit tapi boleh dilakukan. Apa-apa pun saya nak jadi penjaring terbanyak. Saya juga sudah membuat latihan setiap hari dan akan capai sasaran untuk menjadi penjaring terbanyak," katanya kepada media.
Felipe ditemui selepas sesi sidang media majlis pengenalan pasukan dan jersi rasmi Sabah FA yang turut mengumumkan bahawa mereka menerima tajaan dari lapan syarikat serta jenama untuk membantu saingan MPFL kali ini.
Felipe bakal memperkuatkan bahagian serangan Sabah FA. — Facebook/SabahFA
BACA LAGI: Skuad Tok Gajah, jaguh Borneo antara kelab lemau sepanjang 'transfer window' 2024
Pemain bertubuh sasa itu tidaklah bercakap kosong mengenai sasarannya kerana sebelum ini Felipe pernah membantu Bluewave menduduki tangga ketiga Liga Thailand dengan dia mencetak sebanyak 16 gol.
Dalam pada itu, Patt pula berazam untuk membuat perubahan dalam skuad futsal Sabah dengan bekas pengendali Selangor TOT itu ingin menambah baik kualiti pemain khususnya tonggak tempatan.
Jersi Sabah FA untuk saingan MPFL musim ini @sabahfa
Sabah musim ini menyasarkan tiga teratas liga dengan diperkuatkan 2 import kelahiran Brazil. pic.twitter.com/LuGa46QxEm
— rahmieeee (@rahmi_jono) February 16, 2024
"Saya nak berterima kasih kepada Sabah FA untuk lantikan ini. Saya nak buat perubahan kepada pemain tempatan. Saya nak beri pendedahan macam mana nak bermain secara profesional.
"Tidak dinafikan Sabah FA sudah profesional cuma nak tambah baik kebolehan pemain tempatan. Kami akan bekerja sama untuk jadikan Sabah pasukan yang lebih baik dari musim lepas.
"Seperti yang diketahui, misi kami nak capai sasaran tiga terbaik. Kami akan buat terbaik selagi kami boleh," kata Patt yang pernah membantu Bluewave Chonburi menjulang Liga Futsal Thailand sebanyak dua kali pada 2020 dan 2021. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram