PERJALANAN karier Nabil Hakim Bokhari jarang mendapat tumpuan jika dibandingkan dengan rakan sepasukannya seperti Azri Ghani, Nik Akif Syahiran, Akhyar Rashid dan Hadi Fayyadh yang bersama mewakili Malaysia Bawah 19 (B-19) dalam Kejuaraan AFF B-19 pada 2017.
Nama Nabil Hakim juga pernah tular apabila melakukan terjahan kasar ke atas pemain Tajikistan, Ziyovuddin Fuzaylov dalam Kejohanan Piala AFF B-19 2018 yang berlangsung di Indonesia.
Namun, pertahanan kiri Kuala Lumpur (KL) City itu kini juga menjadi rebutan kelab Liga Super dengan Nabil Hakim difahamkan sedang mempertimbangkan tawaran daripada pasukan Utara tanah air.
Pemain berusia 15 tahun itu bagaimanapun masih belum membuat keputusan untuk berkelana ke Utara susulan masih setia menunggu keputusan dari pihak pengurusan KL City sama ada ingin menyambung khidmatnya ataupun sebaliknya.
BACA LAGI: Duo beradik, bintang malap skuad Lembah Klang dalam radar Tok Gajah
Nabil Hakim sebelum ini beraksi bersama PJ City dari musim 2019 hingga 2021. — Instagram/NabilHakim
"Stay atau keluar, bekas B-19 negara, Nabil Hakim tunggu KL City ketika difahamkan ada tawaran dari pasukan Utara tanah air," memetik ciapan dari pemerhati bola sepak tanah air, Zulhelmi Zainal Azam.
Sama ada Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC ataupun Perak FC, Nabil Hakim masih belum berkongsi kelab yang menawarkan kontrak tersebut dan ia akan kekal misteri sehingga dia mendapat pengesahan dari KL City FC berhubung statusnya.
Tawaran Nabil Hakim ke kelab baharu juga dalam diam mencuri tumpuan bekas penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar yang memberi pujian mengenai kebolehan bekas pertahanan Petaling Jaya (PJ) City FC.
"Young solid," pujinya ringkas di ruangan komen ciapan Zulhelmi Zainal, yang mana sudah menggambarkan bahawa bakal majikan Nabil Hakim beruntung mendapatkan khidmatnya.
Tangkap layar pujian dari Khatul.
BACA LAGI: Selain KL City FC, Zhafri Yahya dedah dapat tawaran lain kelab Liga Super
Nasib Nabil Hakim bersama skuad Warga Kota hanya sekadar memanaskan bangku simpanan selepas barisan kejurulatihan KL City lebih mempercayai pemain kacukan, Declan Lambert untuk menggalas tanggungjawab sebagai pertahanan kiri.
Berdasarkan statistik perlawanan musim 2023, Nabil Hakim hanya disenaraikan dalam tiga perlawanan Liga Super bersama skuad KL City namun kesemuanya tidak merekodkan sebarang minit permainan.
Oleh itu, jika Nabil Hakim memutuskan untuk berhijrah ke pasukan baharu boleh menjadi medan semua dia mengembalikan keyakinan bagi merebut posisi kesebelasan utama pasukan pada musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram