Tak setaraf faktor fans mahu JDT tolak jemputan kelab Bojan Hodak ajak friendly


  • Podium
  • Jumaat, 09 Feb 2024

JDT berada di nombor 16 Asia manakala Persib di ranking nombor 255 Asia. — Facebook/JDT

MENJELANG kira-kira dua bulan lagi sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/2025, banyak pasukan Liga Super sudah mula mengumumkan ketibaan para pemain baharu sebagai taruhan utama musim ini.

Selain itu, ada juga kelab yang turut berkongsi perancangan untuk mengadakan sesi pra musim bagi mendapatkan keserasian sesama pemain selain sebagai platform mencari gaya permainan terbaik untuk digunakan pada perlawanan sebenar nanti.

Juara 'Double Quadruple’ Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Takzim (JDT) juga tidak terkecuali daripada menjadi pasukan terawal melakukan kem pra musim apabila difahamkan bakal mengadakan kempen tersebut di Portugal dan Sepanyol.

Dua lokasi tersebut pastinya akan membantu juara 10 kali Liga Super berturut-turut berkenaan bagi mempersiapkan pasukan bagi menghadapi saingan domestik dan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE) yang lebih mencabar.

Selain kempen pra musim berkenaan, Harimau Selatan juga dikhabarkan menerima jemputan dari kelab gergasi Indonesia, Persib Bandung yang kini dikendalikan oleh Bojan Hodak untuk aksi persahabatan.

BACA LAGI: Selain puji Harimau Selatan, bekas import JDT diam-diam 'tabik' stadium Terengganu FC

WhatsApp Image 2024-02-09 at 18.30.22

Bojan berhasil membawa Persib menghuni kedudukan ketiga dengan meraih 10 kemenangan dari 24 aksi setakat ini. — Facebook/Persib

BACA LAGI: Pintu ke JDT bagai tertutup rapat, Dion Cools antara 3 bintang boleh kena 'sailang'

“Bojan Hodak dikhabarkan mahu menjemput JDT untuk aksi persahabatan menentang kelab kendalian beliau Persib Bandung di Indonesia Berdasarkan ranking, JDT berada di nombor 16 Asia manakala Persib di ranking nombor 255 Asia.

“Bagi ranking Asean pula, JDT berada di nombor satu manakala Persib di nombor 18. Persib Bandung ketika ini berada di nombor tiga Liga 1 (liga utama Indonesia) dan tidak beraksi di Piala AFC dan ACL,” tulis laman penyokong JDT, Empayar Darul Takzim - EDT.

Sekali pun belum ada sebarang kenyataan rasmi dari Harimau Selatan berhubung perlawanan persahabatan itu namun sebahagian penyokong sama sekali tidak bersetuju dengan idea berkenaan.

Bagi pemain ke-12 JDT, perbezaan ranking yang terlalu jauh dengan Persib Bandung tidak menguji kemampuan sebenar Harimau Selatan dan mereka melihat ia hanya menguntungkan kelab tersebut kerana meraih pengalaman berbeza menentang juara bertahan Piala Malaysia itu.

“Setuju tidak setaraf. Tiada manfaat, hanya untuk naikan rating coach Bojan saja. JDT menang tiada apa-apa seperti dijangka katanya. Kalau kalah sebulan haters bersorak. Nak lawan jumpa di ACL. Baik JDT friendly di Thai, Arab atau Eropah. Dapat juga tingkatkan skil. Kalah pun puas hati,” kata penyokong, Tajjayusu Airtawar.

Aku rasa, rancangan Bojan ini nak ajar pemain Persib cara corak permainan JDT, maksudnya beri pendedahan lah tujuan utama dan bukan untuk menang walaupun dia tahu tidak layak serta merepek. Itu mesej tersurat, yang tersiratnya, dia nak pemain dia belajar sesuatu semasa perlawanan friendly JDT nanti,” bagi penyokong JDT, Muhammad Zaxk Hafiz.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, JDT banyak melakukan aksi persahabatan menentang kelab popular dunia seperti bertemu gergasi Jerman, Borussia Dortmund sebanyak dua kali pada 2015 dan 2022.

Pada tahun lepas pula, Harimau Selatan menentang juara Liga Rusia, Zenit St Petersburg yang berakhir dengan keputusan 0-3 sebagai salah satu kempen aksi pemanas badan mereka sebelum saingan liga bermula. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram