Selain KL City FC, Zhafri Yahya dedah dapat tawaran lain kelab Liga Super


  • Podium
  • Ahad, 11 Feb 2024

Sebahagian aksi KL City FC berdepan Terengganu FC dalam saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023. — Facebook/MFL

PEMAIN tengah berpengalaman Kuala Lumpur (KL) City FC, Zhafri Yahya, mengakui bahawa dia masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Warga Kota itu.

Dalam masa sama, pemain berusia 29 tahun itu tidak menafikan ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan Liga Super lain untuk mendapatkan khidmatnya sejak tamat saingan musim lalu.

Tambahnya, pihak pengurusan KL City juga sudah menyatakan hasrat untuk mengekalkan khidmatnya dan dia juga tidak menolak kemungkinan untuk mewakili The City Boys buat musim kelapan berturut.

BACA LAGI: [VIDEO] Seperti kena hint TMJ, hero Jordan di Piala Asia tidak mustahil ke JDT

Zhafri

Zhafri Yahya mendedahkan bahawa turut menerima tawaran daripada beberapa kelab Liga Super. — Agensi

BACA LAGI: Legasi tak pernah padam, Nafuzi Zain antara 3 anak buah ikut jejak langkah Allahyarham Azraai Khor

Bagaimanapun, keputusan muktamad mengenai masa depannya hanya akan diketahui selewat-lewatnya bulan depan.

"Setakat ini memang ada tawaran cuma saya masih belum buat keputusan.

"Saya tidak boleh nak cakap lagi, mungkin bulan depan akan buat keputusan.

"Setiap pemain perlu membuat keputusan, jadi saya harap penyokong dapat menghormati setiap keputusan yang pemain lakukan.

"Untuk diri saya, saya mahukan lebih banyak pencapaian dan saya mahu tingkatkan lagi prestasi berbanding sebelum ini," katanya kepada pemerhati sukan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram