UMUM mengetahui, Arif Aiman merupakan bakat muda yang cukup menarik perhatian seluruh penyokong bola sepak negara.
Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu merupakan pemain sayap lincah dan sentiasa mampu untuk menggegar pintu gol lawan.
Baru-baru ini, dia ada bertemu seorang lagi pemain muda iaitu Luqman Hakim di Jepun ketika cuti rehatnya selepas tugasan Piala Asia bersama-sama Malaysia.
Dalam siaran Luqman di Instagramnya, dia menulis, "Semoga berjaya kawan, jumpa nanti," dan itu menimbulkan persoalan. Adakah itu sebenarnya terselit mesej tertentu untuk Arif?
Analisis ringkas Majoriti kali ini akan merungkai tiga kemungkinan daripada mesej Luqman itu yang berpotensi memberikan manfaat kepada skuad kebangsaan:
1. Masa untuk sertai J.League
Tafsiran pertama mengenai mesej tersebut berkemungkinan Arif berpotensi untuk berkelana di Jepun.
Bakat yang ada pada Arif sering disebut-sebut mampu untuk beraksi dalam saingan utama Asia seperti di Jepun, Korea Selatan serta Thailand.
Berkemungkinan, sudah tiba masanya untuk Arif mengembangkan kariernya dengan melebarkan sayap ke Asia dengan beraksi di Jepun.
Luqman mungkin boleh menjadi 'ejen' kepada Arif untuk beraksi di saingan J.League. Dengan bakat yang ada padanya, tidak mustahil, pemain sayap itu boleh bermain setinggi peringkat J1.League.
BACA LAGI: Niat hati tak nak berpisah, bintang JDT beri 'hint' enggan jauh dengan Luqman Hakim?
Luqman (paling kiri) merupakan pemain YSSC Yokohama di saingan J3.League. — X/YSSC Yokohama
2. Bakti untuk Harimau Muda
Ramai yang berpendapat, bakat Arif terlalu bagus untuk skuad Harimau Muda. Mana tidaknya, dia tidak pernah mewakili skuad bawah 23 tahun (B-23) dan kesemuanya 23 penampilannya adalah untuk skuad senior.
Dengan umurnnya kini mencecah 21 tahun, mungkin Arif boleh mempertimbang potensi untuk mewakili Malaysia dalam saingan Piala Asia B-23 yang akan diadakan pada April ini di Qatar.
Walaupun sukar untuk membuka hatinya untuk beraksi buat skuad Juan Torres Garrido, mungkin Luqman sebagai teman rapatnya boleh membantu memujuk Arif supaya bersetuju menerima panggilan untuk sekali lagi beraksi buat Malaysia di Qatar.
Mungkin mesej "see you soon" membawa maksud mereka akan bertemu sekali lagi tetapi di Qatar. Siapa tahu?
BACA LAGI: FAM tekad bantu Nazmi di Piala Dunia 2026 pecah rekod Subkhiddin
Arif Aiman tidak pernah beraksi untuk skuad Harimau Muda. — AFC
3. Tidak lebih daripada perjumpaan sahabat
Mesej "see you soon" itu boleh ditafsirkan sebagai mesej berkenaan karier Arif dan juga Luqman. Tetapi, ia juga boleh menjadi sebuah klu kepada perkara yang lebih peribadi.
Arif dan Luqman diketahui sebagai kawan yang rapat dan dengan masing-masing bermain di negara berbeza, ia menyukarkan kedua-duanya untuk bertemu.
Berkemungkinan, ia tidak lebih daripada sekadar mesej yang Arif dan Luqman akan menantikan pertemuan seterusnya untuk berjumpa serta menikmati sesi minum-minum antara mereka.
Sudah pasti, Luqman akan menghargai usaha Arif yang sudi bertemunya saat dia bercuti di Jepun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram