DOMINASI Indonesia dalam Cherating International Surf Festival 2024 begitu sukar untuk digugat apabila mereka menguasai empat daripada tujuh kategori yang dipertandingkan.
Dalam pertandingan yang diadakan pada 8 hingga 11 Februari itu, seramai 134 peserta tempatan dan antarabangsa menyertai cabaran yang diadakan di tempat lahirnya sukan meluncur dekat Malaysia.
Dianjurkan oleh Cherating Surf Club (CSC), terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan iaitu shortboard lelaki dan wanita, longboard lelaki dan wanita, grommet, master dan bodyboard.
Wakil Indonesia cemerlang apabila mereka menguasai lebih daripada separuh kategori yang dipertandingkan dengan peluncur Malaysia turut membawa pulang dua gelaran.
Empat peluncur Indonesia menguasai kesemua tempat teratas dalam kategori shortboard lelaki dengan Imade Darma Yasa menjadi juara disusuli Dhiya Izdihar di tempat kedua.
BACA LAGI: FAM tekad bantu Nazmi di Piala Dunia 2026 pecah rekod Subkhiddin
Salah seorang pemenang acara di Cherating International Surfing Festival 2024. — CSC
BACA LAGI: Niat hati tak nak berpisah, bintang JDT beri 'hint' enggan jauh dengan Luqman Hakim?
Muhammad Rifai menduduki tempat ketiga dan kedudukan keempat menjadi milik Dhany Widianto.
Peluncur wanita Indonesia, Dhea Natasya Novitasari cemerlang apabila menguasai kedua-dua kategori shortboard dan longboard wanita. Sementara itu, Dhany menjadi johan kategori longboard lelaki.
Malaysia tampil cemerlang dalam dua kategori apabila Irfan Naufal Kasa menguasai kategori grommet sebelum Shahrul Ramadhan Hasli memenangi acara bodyboard.
Satu lagi kategori iaitu masters dimenangi oleh peluncur daripada Jepun iaitu Yauso Ichiryu.
Para pemenang membawa pulang wang kemenangan terkumpul sebanyak RM34,700 berserta baucar barangan jenama Rip Curl bernilai RM8,000.
Selain itu, mereka turut membawa pulang hadiah daripada DRepublic berserta trofi kemenangan.
Kejohanan tiga hari tersebut sebelum ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Indera Shahar Abdullah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram