CEO Sang Penyu kongsi status import terakhir


  • Podium
  • Rabu, 14 Feb 2024

Ismaheel Akinade dianggap sebagai pengganti kepada Sony Norde. — Facebook/TFC

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu FC, Mohd Sabri Abas, mengesahkan pasukan itu hanya akan menggunakan khidmat enam pemain import untuk saingan Liga Malaysia musim 2024/2025.

Ketika ini, skuad kendalian Tomislav Steinbruckner itu sudah memiliki empat tonggak import iaitu penyerang, Ivan Mamut, Ismaheel Akinade, perancang tengah, Nurillo Tukhtasinov dan Argzim Redzovic.

Bukan itu sahaja, kem Sang Penyu dikhabarkan bakal menerima lagi seorang lagi pertahanan yang dikaitkan bakal hadir sebagai kuota kelima Sang Penyu iaitu Matthew Steenvoorden.

BACA LAGI: Keputusan FAM kecewakan fans Korea Selatan mahu lihat Kim Pan-gon ganti Klinsmann

WhatsApp Image 2024-02-14 at 20.40.50 (1)

Jersi nombor 9 skuad Sang Penyu sah menjadi milik Mamut. — Facebook/TFC

BACA LAGI: Bantu PDRM julang Piala Cabaran, winger The Cops sertai Penang FC

Dalam segmen Keluar-Masuk yang dibawakan redONE di Nadi Arena pada Rabu, Sabri berkata, skuad Sang Penyu masih menantikan kehadiran seorang lagi pemain import yang dibawa masuk oleh Ketua Jurulatih TFC, Tomislav Steinbruckner.

"Sekarang ini Terengganu masih lagi menunggu seorang lagi pemain import yang akan dibawa oleh Ketua Jurulatih TFC iaitu Steinbruckner.

"Sama-samalah kita nantikan kemunculan pemain import yang terakhir, Insya-ALLAH," katanya.

Untuk rekod, musim lalu Terengganu menamatkan saingan Liga Super di kedudukan keenam selain muncul naib juara Piala Malaysia 2023. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram