MENJELANG aksi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024 yang bakal membuka tirai tidak lama lagi, peminat sukan bola sepak tanah air semestinya sudah tidak sabar untuk menyaksikan pasukan kegemaran masing-masing beraksi di atas padang.
Kini, setiap pasukan dilihat sedang sibuk mempersiapkan barisan terbaik dengan kemasukan beberapa pemain baharu serta perlawanan pra musim yang dijalankan.
Menghuni tangga ke-10 saingan Liga Super 2023, Penang FC turut tidak ketinggalan dalam membawa masuk beberapa pemain tempatan untuk memperkuatkan lagi pasukan tersebut.
Dalam pada itu, menerusi satu perkongsian daripada pemerhati sukan Astro Arena di laman X, Fadhirul Shuhaimi mendedahkan bahawa pemain sayap PDRM FC, Nabil Ahmad Latpi sah meninggalkan The Cops untuk menyertai Penang FC bagi saingan Liga Malaysia.
BACA LAGI: Keputusan FAM kecewakan fans Korea Selatan mahu lihat Kim Pan-gon ganti Klinsmann
Nabil Latpi antara wajah yang membantu The Cops menjuarai Piala Cabaran 2023. — Facebook
BACA LAGI: Tak dapat lawan JDT, Akhyar dan Safawi boleh aksi ubi muda TFC dari tempat penonton
Bukan itu sahaja malah pemain kelahiran Pendang itu dijangka akan memakai jersi nombor 30 bersama Harimau Kumbang.
"Nabil Ahmad Latpi bawa haluan baru dengan menyertai Penang FC musim 2024/2025.
"Jersi nombor 30 dijangka menjadi milik penyerang kelahiran Paya Sulaiman, Pendang ini," ciapnya.
Beraksi bersama PDRM FC, Nabil sudah membuat sebanyak 21 kali penampilan musim 2023 selain menjaringkan lima gol.
Malah, pemain berusia 31 tahun itu antara tonggak utama yang membantu The Cops menjuarai Piala Cabaran edisi 2023.
Kecemerlangannya beraksi bersama The Cops pastinya dilihat akan membantu Harimau Kumbang semakin garang dalam saingan Liga M kelak. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram