'Kalau mereka ambil ramai pemain muda, pasukan itu tidak akan menjadi', bintang beri bayangan kekal bersama skuad Jang Hobin


  • Podium
  • Selasa, 13 Feb 2024

Skuad Jang dijangka akan diperkuatkan lagi dengan kehadiran beberapa pemain muda musim depan. — Instagram/nsfc1923

PERTAHANAN Negeri Sembilan FC, Che Rashid Che Halim pula menjadikan skuad The Jangs sebagai pilihan utama untuk pasukan yang akan ditabur khidmatnya bagi musim 2024/2025, lapor Stadium Astro.

Namun, Che Rashid dalam satu temubual bersama pemerhati sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mengakui segala keputusannya bergantung kepada dirinya apabila dia mengakui ada menerima beberapa tawaran daripada pasukan lain.

BACA LAGI: Kim Swee ada senjata rahsia, ketiadaan Saddil Ramdani bukan penghalang

WhatsApp Image 2024-02-13 at 09.40.09 (1)

Che Rashid (kiri) dijangka bakal beraksi untuk skuad Jang musim depan. — Instagram/nsfc1923

BACA LAGI: [VIDEO] Lepas Safawi-Akhyar, khabarnya Ismahil Akinade antara 3 nama besar 'OTW' ke Terengganu

"Saya ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan juga buat masa sekarang ini, saya pun tengah berunding dengan mereka.

"Pertama sekali, saya akan pilih Negeri Sembilan dulu, tapi saya kena tahu banyak aspek seperti siapa pemain yang diambil.

"Kalau mereka ambil ramai pemain muda, pasukan itu tidak akan menjadi. Perlu ada pemain senior untuk beri tunjuk ajar.

"Semua pemain ada idam untuk bermain untuk skuad kebangsaan tidak kira liga divisyen berapa pun, mesti mereka ada hasrat yang sama.

"Nampak sukar, tapi tiada yang mustahil, Insya-ALLAH," kongsinya.

Che Rashid berjaya membuat 28 penampilan dengan satu bantuan jaringan sepanjang musim 2023 bersama skuad The Jangs. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram