Selain 'cuti lama', Daniel Ting jujur akui kesilapan sendiri lepas Sabah tersingkir


  • Podium
  • Selasa, 13 Feb 2024

Daniel Ting menjadi harapan utama dalam benteng pertahanan skuad Sang Badak sepanjang kempen kali ini. — Facebook/Sabah FC

PERJALANAN skuad Sang Badak dalam saingan Piala AFC terhenti di peringkat separuh akhir Zon Asean apabila tewas 0-3 di tangan kelab Australia, Macarthur FC pada Selasa.

Dua gol daripada Jed Drew dan satu yang disumbangkan Ulises Davila menyaksikan Sabah FC tersingkir setelah memberi persembahan cukup baik di peringkat kumpulan.

Jurang antara kedua-dua pasukan dalam perlawanan di Stadium Campbelltown, Australia itu sememangnya dapat disaksikan sepanjang 90 minit permainan.

Hal berkenaan diakui pertahanan pinjaman skuad Sang Badak, Daniel Ting yang mengakui pasukan berkenaan bergelut dalam aksi di tempat lawan tersebut.

Menurutnya, ketiadaan aksi kompetetif kira-kira dua bulan menyebabkan pasukan Borneo itu tidak dapat menampilkan persembahan terbaik.

BACA LAGI: Saddil hilang, tiada aksi kompetitif tutup cerita Sabah di Asia

AFC-e1707814999577-700x496

Skuad Sang Badak berputih mata apabila tewas kepada kelab Australia itu. — Facebook/AFC

BACA LAGI: Sabah FC jelas sebab mengapa Rozaimi Abdul Rahman tak main skuad Liga Super

"Kebiasaannya, apabila bertandang di tempat lawan, kami akan cuba bermain lebih fizikal untuk perlahankan rentak perlawanan.

"Tetapi, perlawanan di sini bagaikan di tempat sini memandangkan ramai penyokong Sabah yang hadir. Adalah normal apabila kedua-dua pasukan mahukan kemenangkan maka akan saling berikan permainan fizikal dan segalanya," katanya.

Kali terakhir skuad Sang Badak berentap secara kompetetif adalah ketika mereka berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC dalam saingan Liga Super pada awal Disember lalu.

Penyingkiran Sabah FC menyaksikan tiada lagi pasukan negara masih berentap di pentas Asia dengan perjalanan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Terengganu dalam Piala AFC terhenti di peringkat kumpulan.

Tambah Daniel Ting lagi, ia bagaimanapun bukanlah satu alasan buat mereka tidak dapat memberikan persembahan terbaik ketika berdepan Macarthur FC.

"Jelas sekali adalah sukar untuk beraksi di luar musim, kami tetap jalani persiapan tanpa perlawanan persahabatan. Apa pun ia bukan satu alasan, banyak masa untuk buat persiapan.

"Lagipun, kesilapan saya sendiri dalam babak kedua membenarkan gol pihak lawan," katanya selepas perlawanan. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram