Sudah tamat kontrak, bekas penyerang PDRM mungkin ke NSFC


  • Podium
  • Ahad, 11 Feb 2024

PDRM bergelar juara Piala MFL 2023 selepas menewaskan Kuching City FC. — Instagram/alifhaiman7

PENYERANG PDRM FC, Alifh Aiman Rosman, memaklumkan bahawa dia akan membawa haluan baru menjelang saingan Liga Malaysia musim 2024/25 selepas kontraknya bersama pasukan itu tamat pada Disember lalu.

Pemain yang mesra disapa dengan panggilan Black itu berkata, dia kini sedang dalam fasa perbincangan akhir dengan sebuah kelab Liga Super yang akan menjadi destinasinya selepas ini.

Difahamkan, Negeri Sembilan FC menjadi antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang kelahiran Kuala Lumpur itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Seperti kena hint TMJ, hero Jordan di Piala Asia tidak mustahil ke JDT

WhatsApp Image 2024-02-11 at 21.52.10

Alifh Aiman antara pemain yang membantu PDRM bergelar juara Piala MFL 2023. — Instagram/alifhaiman7

BACA LAGI: Selain KL City FC, Zhafri Yahya dedah dapat tawaran lain kelab Liga Super

Sebagai rekod, Alifh Aiman melakukan 10 penampilan Liga Super buat PDRM sepanjang musim lalu.

"Saya dengan PDRM sudah tiada apa-apa, kontrak pun sudah habis.

"Sekarang saya tengah tunggu tawaran. Saya ada juga dapat tawaran tetapi masih belum ada hitam putih, jadi saya masih menunggu.

"Minit permainan amat penting buat saya kerana apabila mendapat minit permainan, kita akan menjadi lebih matang dalam padang," katanya kepada pemerhati sukan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram