Kecewa tak dipanggil HM? Selangor antara 3 kelab boleh bantu Nazmi Faiz dapat 'First 11'


  • Podium
  • Khamis, 21 Dis 2023

Nazmi meninggalkan Selangor dan menyertai JDT pada 2017. — Instagram/Nazmi Faiz

BEKAS pemain tengah kebangsaan, Nazmi Faiz memuat naik hantaran pelik dengan perkataan 'LOL' sebaik sahaja Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai pemain yang akan mewakili negara ke Piala Asia 2022 Qatar pada Januari ini.

Pemain berusia 29 tahun itu memuat naik hantaran tersebut menerusi laman Instagram peribadinya pada Selasa.

Penyokong mendakwa Nazmi memuat naik hantaran itu disebabkan tidak berpuas hati kerana namanya tiada dalam 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon mahupun dalam senarai bersedia.

FAM

Nazmi turut mewakili Malaysia dalam kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun lalu. — Instagram/Nazmi Faiz

Ini memberi gambaran bahawa Nazmi perlu bangkit mengembalikan prestasinya yang dulu sehingga menjadi tonggak utama Harimau Malaya.

Jika Nazmi masih mahu kekal di Harimau Selatan, ia akan menyukarkan dirinya untuk merebut kesebelasan utama selepas Johor Darul Takzim (JDT) berjaya membawa masuk Jalil Elías musim depan.

Pernah menarik kelab Portugal, SC Beira-Mar, Majoriti senaraikan tiga kelab mampu beri peluang buat Nazmi kembali beraksi dengan kerap sekali gus mengembalikan keyakinannya:

1. Selangor FC

Merupakan anak kelahiran Selangor, Nazmi Faiz pernah membantu Gergasi Merah meraih kejuaraan Piala Malaysia ke-33 kali apabila menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dengan keputusan 2-0 di Stadium Shah Alam, Selangor pada 2015.

Pemergian Nazmi ke JDT juga seakan-akan direstui penyokong selepas dia menghormati kontraknya tamat pada 2016 meskipun ada dakwaan JDT mahukan khidmatnya lebih awal ketika itu.

Meskipun khabar angin mengatakan Brendan Gan kekal semusim lagi bersama skuad Lembah Klang itu, ia bukan penghalang buat Nazmi untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Gergasi Merah.

Nazmi juga pernah berada di bawah kendalian Cheng Hoe semasa beliau dilantik menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya sekali memberi peluang pemain tengah itu untuk bersinar semula.

Liridon Krasniqi

Karier Liridon kembali baik selepas beraksi untuk Terengganu musim ini. — Facebook/TFC

2. Terengganu FC

Safawi Rasid dikhabarkan akan pulang ke Terengganu FC (TFC) bagi mengembalikan prestasinya yang semakin menurun selepas gagal bersaing dengan Arif Aiman.

Nazmi juga mungkin boleh 'request' ke Terengganu apabila pemain import TFC, Habib Haroon dikhabarkan tidak kekal bersama Sang Penyu musim depan.

TFC menjadi pasukan yang terkenal untuk membantu pemain mengembalikan prestasi mereka, seperti contoh musim ini iaitu Liridon Krasniqi.

Musim ini, Liridon beraksi sebanyak 24 perlawanan dan menjaringkan dua gol dan melakukan dua bantuan jaringan (assist) dalam semua kejohanan domestik dan antarabangsa.

Liridon juga berjaya mencatatkan minit permainan yang tinggi bersama Sang Penyu berbanding bersama pasukan yang diwakilinya sebelum ini.

3. Kuala Lumpur City FC

Mungkin sukar buat Nazmi untuk berhijrah ke Kuala Lumpur City FC dengan kekangan kewangan yang dihadapi mereka musim ini.

Namun, Nenad Bacina pastinya mahu Nazmi jika dia berpeluang untuk mendapatkan pemain itu apabila dikhabarkan Akram Mahinan menyertai Terengganu musim depan.

Ia sekali gus memberikan peluang buat Nazmi untuk mengemudi barisan tengah The City Boys yang dipenuhi rata-ratanya pemain muda.

Bekas pemain SC Beira-Mar itu juga boleh membentuk keserasian dengan Paulo Josue secara tidak langsung memberi kelebihan buat dirinya untuk dipanggil menyertai Harimau Malaya di masa akan datang.

Nazmi

Nazmi pernah bersama Selangor pada 2016. — Instagram/Nazmi Faiz

Musim ini, Nazmi hanya merekodkan 10 penampilan bersama JDT dalam kesemua saingan domestik.

Pemain kelahiran Selangor itu sebelum ini menjadi antara pemain yang dipanggil Pan-gon untuk menghadapi kelayakan pentas Asia yang berlangsung tahun depan.

Dengan namanya 'tercicir' selaku pemain Harimau Malaya, ia pastinya menghadirkan rasa kecewa meskipun sudah melakukan yang terbaik buat negara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram