Sesuai dengan hint 3 negara, Akmal Rizal sahkan Penang guna 3 import


  • Podium
  • Selasa, 06 Feb 2024

Selepas menjadi pengendali sementara, Penang FC memberi kepercayaan kepada Akmal Rizal mengemudi pasukan senior. — Facebook/PenangFC

PENGENDALI Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, mengesahkan Harimau Kumbang hanya akan menggunakan khidmat tiga pemain import untuk saingan Liga Malaysia 2024/2025.

Ketika ini, beliau dan barisan kejurulatihan sedang meneliti calon pemain import bagi mengisi posisi tengah dan penyerang memandangkan di bahagian pertahanan mereka sudah memiliki kapten pasukan, Rafael Vitor.

"Ini peluang buat pemain tempatan merebut tempat untuk bersaing dan peluang mereka untuk bermain dalam kesebelasan utama akan lebih cerah.

"(Kualiti) pemain import perlu berkali ganda daripada pemain tempatan," katanya memetik laporan Stadium Astro.

Akmal Rizal turut memaklumkan persiapan pra-musim akan bermula pada 15 Februari depan dan pihak pengurusan sedang dalam perbincangan untuk menganjurkan kejohanan Piala Harapan edisi kedua di penghujung April depan.

BACA LAGI: Muat naik 3 foto bendera, Akmal Rizal beri hint import baharu Penang FC?

3 negara

Dua gambar bendera yang dimuat naik Akmal Rizal di platform X.

BACA LAGI: Bakal sertai Sri Pahang FC, tonggak tengah Penang FC ucap selamat tinggal

Untuk rekod, skuad Harimau Kumbang menamatkan saingan Liga Super musim lalu di kedudukan ke-10 dan mara ke suku akhir saingan Piala FA.

"Mereka perlu menjadi inspirasi kepada pemain tempatan contohnya persiapan perlawanan.

"Kami perlu teliti dan tidak silap memilih pemain import yang boleh merugikan pasukan," katanya.

Kenyataan bakal menggunakan tiga import berkenaan selari dengan petunjuk yang diberikan pengendali berusia 42 tahun itu baru-baru ini.

Menerusi laman X peribadinya, pengendali kelahiran Jitra, Kedah berkenaan memuat naik tiga gambar bendera dari benua Amerika Selatan (Brazil dan Chile) dan Rwanda yang terletak di Afrika Timur. — Stadium Astro

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram