Pasukan dari Selatan bakal terima sentuhan jurulatih Sepanyol


  • Podium
  • Isnin, 05 Feb 2024

Antara tiga buah pasukan Liga Super yang terletak di Selatan tanah air.

BEKAS pembantu jurulatih Kelantan FC, Pol Corpas Cuatrecasas dijangka meninggalkan kelab gergasi Singapura, Lion City Sailors (LCS) selepas mendapat tawaran menarik daripada sebuah pasukan dalam Liga Super untuk saingan musim depan.

Berkongsi kepada Majoriti, Pol hanya memberi gambaran bahawa pasukan baharunya itu daripada selatan Semenanjung tanah air.

“Saya akan meninggalkan LCS dan kembali ke Malaysia, selepas mendapat tawaran yang menarik daripada sebuah pasukan dalam Liga M musim depan," katanya.

Pada musim lalu, Pol menyertai LCS sebagai analisis, penolong jurulatih B-21 serta ketua analisis akademi LCS.

BACA LAGI: '0.5 peratus pun tak nampak bayang', lagi tonggak TRW guna InstaStory luah isu tunggakan gaji

WhatsApp Image 2024-02-05 at 20.43.29

Pol dilantik sebagai analisis, penolong jurulatih B-21 dan ketua analisis akademi LCS.

BACA LAGI: Bukan setakat Zamsaham, 2 lagi nama pernah dilaung fans TRW supaya letak jawatan

Selepas mengharungi keadaan sukar bersama TRW Kelantan FC, Pol akhirnya boleh berbangga dengan kariernya selaku jurulatih selepas berjaya membantu LCS B-21 mendapat tempat ketiga dalam Liga B-21 Singapura pada tahun lalu.

Untuk rekod, Pol pernah bergandingan bersama Rezal Zambery memimpin The Red Warriors (TRW) pada musim lalu, namun terpaksa meninggalkan pasukan itu kerana mengalami masalah luar padang akibat tunggakan gaji.

Sebelum ini, Majoriti pernah melaporkan Pol tidak menolak untuk kembali ke Malaysia sama ada berkhidmat buat pasukan negara ataupun kelab-kelab dalam Liga Super satu hari nanti.

"Perjalanan saya masih terlalu awal, saya harap satu hari nanti saya akan kembali ke kancah bola sepak Malaysia,” jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram