[VIDEO] Jurgen Klopp sah tinggalkan Liverpool hujung musim


  • Podium
  • Jumaat, 26 Jan 2024

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp dikhabar tinggalkan kelab tersebut. — Agensi

PADA Jumaat, dunia bola sepak antarabangsa dikejutkan dengan keputusan luar jangka Ketua Jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp yang mahu meninggalkan kelab itu pada hujung musim ini.

Perkara itu disahkan menerusi perkongsian daripada pemerhati sukan terkenal, Fabrizio Romano di laman X.

"Jurgen Klopp telah memutuskan untuk meninggalkan Liverpool pada penghujung musim," ciapnya.

BACA LAGI: Piala Asia: Singa Mesopotamia sedia mengaum kembali

BACA LAGI: [VIDEO] Terciduk di tangan Harimau Malaya, bintang Spurs dalam poket double D

Difahamkan, Klopp yang mengambil keputusan meninggalkan kelab Liverpool tersebut adalah disebabkan mahu berehat seketika.

“Saya boleh mengatakan bahawa saya sudah kehabisan tenaga. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah. Saya tahu bahawa saya tidak boleh melakukan kerja itu lagi dan lagi dan lagi dan lagi," katanya.

Pengendali berusia 56 tahun yang mengambil tugas sebagai pengurus di Liverpool pada 8 Oktober 2015 telah memenangi enam trofi bersama The Reds termasuk Liga Perdana dan Liga Juara-Juara.

Di bawah kendaliannya, Liverpool telah menjulang trofi Premier League 2019/2020, trofi Liga Juara-Juara Eropah 2018/2019, Piala FA 2021/2022 dan Piala Liga 2021/2022.

Untuk rekod, pengendali kelahiran Jerman itu berjaya membawa Liverpool ke perlawanan akhir Piala Carabao bertemu Chelsea. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram