PADA Sabtu, Johor Darul Takzim (JDT) mengumumkan seorang lagi pemain baharu mereka untuk musim 2024/25 apabila sudah sah menandatangani pemain kelahiran Itali, Nicolao Cardoso.
Pengumuman tersebut dikongsikan di laman rasmi Facebook, JOHOR Southern Tigers yang dilihat kehadiran Cardoso bakal membantu JDT mempertahankan gelaran juara bagi saingan Liga Malaysia (Liga M).
Malah, bukan itu sahaja, kehadiran Cardoso juga berpotensi membantu Harimau Selatan bersaing di pentas Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).
BACA LAGI: [VIDEO] Tak perlu status VIP, pemimpin Nigeria sanggup duduk dengan fans demi tanah air tercinta
Melihat kepada rekod terdahulu, pemain berusia 32 tahun itu merupakan tonggak juara Liga Thailand, Buriram United.
Pastinya kehadiran penyerang berketinggian 1.84 meter itu mampu membantu mempertajamkan jentera serangan Harimau Selatan nanti.
Selain tampil cemerlang bersama Buriram United, penyerang kelahiran Itali tersebut pernah beraksi bersama SSC Napoli dan Nottingham Forest.
Sebelum ini, JDT sudah mengumumkan ketibaan tiga pemain import antaranya Jalil Elias dan Francisco Geraldes.
Menerusi Transfermarkt, Cardoso sudah meledak 66 jaringan dan 19 assists sepanjang 368 penampilan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram