HASRAT penyokong Sabah untuk menyaksikan kemunculan semula Brendan Gan bersama negeri di Bawah Bayu itu pada musim baharu ini tampak tidak kesampaian.
Pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee, mengesahkan pihaknya tidak merancang untuk berbelanja menandatangani mana-mana pemain termasuk pemain import setakat ini.
Brendan yang juga jeneral tengah Harimau Malaya dikaitkan ke Sabah setelah diumumkan tidak kekal bersama Selangor.
Sepanjang empat musim menyarung jersi Merah Kuning, pemain kacukan Australia-Malaysia itu menyumbang 14 jaringan serta 12 bantuan gol, selain diberi kepercayaan untuk menyarung lilitan kapten Gergasi Merah.
BACA LAGI: [VIDEO] Sabah jadi destinasi terbaik Brendan Gan lepas jodoh bersama Selangor berakhir
Kim Swee mengesahkan bahawa Sabah tidak merancang untuk menambah pemain baharu pada musim 2024/2025. — Facebook/SabahFC
BACA LAGI: Cinta kembali bersatu, pemain kacukan Australia antara bintang bakal pacu majikan lama
Selain Sabah, Sri Pahang juga dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kacukan Australia-Malaysia ini, namun difahamkan kedua-dua pihak belum mencapai kata putus.
Dalam pada itu, tidak kurang juga ada dakwaan mengatakan pemain berusia 35 tahun itu dijangka pulang kembali ke Australia untuk menyertai kelab A-League.
Namun, khabar angin berkenaan masih belum disahkan oleh Brendan dan nampaknya peluang kelab lain untuk menggunakan khidmatnya di bahagian tengah masih terbuka.
Sementara itu, Kim Swee turut berkongsi mengenai harapannya terhadap Stuart Wilkin, Darren Lok, Dominic Tan dan Daniel Ting yang baru selesai tugasan bersama skuad kebangsaan di Piala Asia Qatar baru-baru ini. — Stadium Astro
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram