Coach Penang pernah pertikai gol Azmi Muslim, punca hilang konsentrasi dibelasah Sang Kenari


  • Podium
  • Isnin, 29 Jan 2024

Skuad Sang Kenari pernah membenam Penang dengan keputusan 3-0 pada 2010 selepas pengadil membenarkan gol Azmi Muslim. — Facebook

LIGA Malaysia (Liga M) sering diwarnai dengan pelbagai cerita yang menjadi tatapan seluruh penyokong bola sepak.

Antara yang sering menjadi buah mulut peminat termasuk Ketua Jurulatih dan para pemain dalam saingan liga iaitu mutu pengadilan.

Dengan adanya media sosial, penyokong kini mempunyai akses untuk menilai sendiri mutu pengadilan menerusi video-video ulangan terutamanya apabila membabitkan situasi kontroversi.

Lebih parah lagi apabila keputusan salah yang dilakukan oleh pengadil menyebabkan sesebuah pasukan tewas.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Datang Qatar bukan nak tengok Malaysia menang’, kisah Iwan patut lagi viral berbanding Derrick Gan

Penang FC

Skuad Penang FC terpaksa akur selepas tewas dengan keputusan 0-3 di tangan Kedah. — Facebook

BACA LAGI: Aksi Piala Asia impian kedua Brendan Gan selepas pulih kanser

Apabila situasi ini berlaku, Ketua Jurulatih dan pemain sukar untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka secara terbuka kerana bimbang dikenakan tindakan tatatertib.

14 tahun lalu, pengendali Penang FC ketika itu, Allahyarham Mohamad Bakar dilaporkan berkata, pengadil perlu lebih berwaspada dan fokus ketika mengadili perlawanan.

Perkara tersebut dibangkitkan selepas pasukan kendaliannya tewas 0-3 di tangan Kedah dalam saingan Liga Super 2010 apabila pengadil perlawanan membenarkan gol pertama skuad Sang Kenari.

Allahyarham Mohamad dilaporkan berkata, gol pertama Sang Kenari tidak sepatutnya dibenarkan oleh pengadil perlawanan ketika itu.

Tambahnya lagi, pasukannya akur sekiranya tewas dan cuba memperbetulkan kesilapan dengan berlatih lebih gigih namun jika pengadil yang melakukan kesilapan, pihaknya tidak boleh membantah.

Hal ini kerana, Allahyarham Mohamad dilaporkan mendakwa jaringan pemain Kedah, Azmi Muslim sepatutnya tidak dikira apabila pemain lawan, Azlan Ismail terlebih dulu mengasari seorang pemainnya.

Susulan kesilapan pengadil ketika itu membenarkan gol, Allahyarham Mohamad dilaporkan berkata, pasukannya mula hilang tumpuan sekali gus menjejaskan corak permainan Harimau Kumbang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram