Ramadhan belum cukup, Perak FC masih berpeluang sambar antara 3 keeper buat back up


  • Podium
  • Selasa, 30 Jan 2024

Haziq dilaporkan akan mencari majikan baharu selepas kontraknya bersama skuad Harimau Selatan tidak disambung. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

HARAPAN skuad The Bos Gaurus (TBG) untuk bersaing dengan lebih baik dalam musim kepulangan mereka ke Liga Super tidak kesampaian apabila hanya berada di kedudukan ke-11.

22 mata yang dikutip daripada 26 perlawanan, termasuk 16 kekalahan boleh dikatakan cukup mengecewakan untuk pasukan itu dengan penyokong pastinya mengharapkan peningkatan dapat ditonjolkan selepas ini.

Jadi, dalam usaha menambah baik kedudukan, Perak FC dilihat mula mengatur langkah dengan melakukan rombakan besar-besaran terhadap skuad dengan melepaskan beberapa pemain awal Januari lalu.

Salah seorang yang tidak dikekalkan Perak FC ialah penjaga gol utama, T Shaheeshwaran yang tiba secara pinjaman dari Johor Darul Ta'zim (JDT) pada awal 2023.

Meskipun kerap diberikan kepercayaan oleh Yusri Che Lah dan Datuk Lim Teong Kim, kekerapannya melakukan kesilapan mendesak keputusan itu dibuat pihak pengurusan.

BACA LAGI: Siap 'follow' IG Perak petanda Haziq Nadzli sudah semakin hampir sertai TBG

2233557

Skuad TBG perlu melupakan khidmat Shaheeswaran untuk saingan musim depan. Facebook/Perak FC

Langkah tersebut memberi gambaran bahawa skuad TBG bersedia untuk mendapatkan seorang penjaga gol berkaliber dalam usaha mengukuhkan lagi benteng pertahanan pasukan.

Antara nama yang mula dikaitkan dengan posisi tersebut ialah pemain tersisih JDT, Haziq Nadzli yang tidak merekodkan sebarang penampilan bersama skuad senior Harimau Selatan sepanjang 2023.

Khabar angin tersebut diterima baik rata-rata penyokong Perak FC yang sememangnya mengharapkan kehadiran penjaga gol meskipun memiliki Bryan See dan Farhan Majid.

Bagaimanapun, tanpa disangka, nama Ramadhan Hamid muncul sebagai pemain baharu Perak FC selepas disambar dari PDRM FC.

Walaupun namanya tidaklah sepular penjaga gol lain namun Ramadhan sering diberikan kepercayaan oleh barisan kejurulatihan untuk beraksi dalam perlawanan getir seperti final Piala Cabaran.

Ketangkasan penjaga gol berusia 29 tahun itu membantu The Cops menjulang trofi Piala Cabaran dengan menewaskan Kuching City 4-1 secara agregat pada Disember 2023.

Tetapi kehadiran Ramadhan belum cukup untuk memastikan benteng terakhir Perak FC menjadi lubuk gol dan penjaga gol sokongan juga amat diperlukan.

Jadi, dalam usaha merealisasikan cita-cita untuk mendapatkan seorang penjaga gol sokongan, tiga nama penjaga gol lain mula dipetik mereka di media sosial dengan harapan cadangan itu diterima Perak FC.

1. Hafizul Hakim

Satu prestasi menakjubkan sekali lagi dipamerkan Harini FT dalam saingan Liga M3 musim lalu apabila menduduki tangga ketiga dengan hanya empat mata membezakan mereka dengan juara, Imigresen FC.

Antara kunci utama yang membolehkan mereka berada di kedudukan tersebut ialah kecemerlangan benteng pertahanan dengan pasukan kendalian P Maniam itu hanya dibolosi 21 kali dalam 13 perlawanan.

Kehadiran bekas penjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim merupakan faktor di sebalik rekod cemerlang itu kerana kecekapannya berkali-kali membantu pasukan itu.

BACA LAGI: Dilihat bersama ejen di Pahang, TBG mungkin terlepas khidmat bintang pudar JDT

We're+ready++MATCHDAY+20+-+MBSB+BANK+CHAMPIONSHIP+-+NAGA+UKS+FC+++HARINI+FOOTBALL+TEAMDapatkan+jersi+@harini_football_team+di+SHOPEE+-+MA7CH+OFFICIAL+STORE.https---shopee.com.my-ma7ch.os#HariniFootballTeam+#HFT+#Res

Hafizul kini merupakan penjaga gol utama buat Harini FT. Instagram/Harini FT

Bagaimanapun, kepulangan Perak FC ke kancah Liga Super pastinya akan membuatkan pemain berusia 30 tahun tersebut tertarik untuk kembali ke divisyen teratas bola sepak tanah air.

Dia yang pernah beraksi buat skuad TBG dari 2014 sehingga 2021 pernah membantu pasukan Utara tanah air itu menjuarai Piala Malaysia 2018 ketika berdepan Terengganu FC dengan ketangkasannya ketika penentuan sepakan penalti cukup mencuri perhatian.

Selain itu, penyokong pastinya cukup mengalu-alukan kepulangan Hafizul yang merupakan anak jati Ipoh, Perak dalam usaha skuad TBG kembali menjadi pasukan digeruni.

Persoalannya, dengan Yusri lebih cenderung untuk memberi peluang buat pemain muda, adakah skuad TBG akan mendapatkan khidmatnya yang akan sekali gus menutup peluang Farhan Majid.

2. Fikri Che Soh

Pada jendela perpindahan awal musim 2023, Kedah Darul Aman (KDA) FC mengambil langkah berani dengan membawa masuk dua penjaga gol baharu, Kalamullah al-Hafiz Mat Rowi serta Fikri Che Soh.

Keputusan mendapatkan Kalamullah sememangnya disokong ramai memandangkan pemain kebangsaan itu cukup bersinar sepanjang beberapa tahun bersama Petaling Jaya (PJ) City FC.

Bagaimanapun, persoalan timbul apabila skuad Sang Kenari memilih untuk mendapatkan Fikri dari Kelantan United dengan mereka juga memiliki Ifwat Akmal Chek Kassim.

kry13_1670933078

Fikri hanya memanaskan bangku simpanan sepanjang semusim bersama skuad Sang Kenari. Facebook/KDA FC

Kesan daripada perkara itu menyaksikan pasukan kendalian Nafuzi Zain hanya menurunkan Kalamullah dan Ifwat dalam saingan Liga Super sementara penjaga gol kelahiran Kelantan tersebut hanya memanaskan bangku simpanan.

Jadi, pemain berusia 25 tahun tersebut pastinya terbuka untuk meninggalkan kelab Utara tanah air itu demi mendapatkan minit permainan dengan lebih kerap.

Perak FC boleh diletakkan sebagai salah satu destinasi terbaik buat Fikri sekiranya usaha pasukan tersebut membawa masuk Haziq tidak kesampaian.

Meskipun masih perlu bersaing, peluang untuk bekas penjaga gol skuad Kijang Hijau itu beraksi dengan lebih kerap masih terbuka berbanding sekiranya dia kekal bersama KDA FC.

3. Sikh Izhan Nazrel

Untuk rekod, Negeri Sembilan FC memiliki rekod pertahanan keenam tercorot dalam Liga Super 2023 apabila dibolosi sebanyak 49 kali dalam 26 perlawanan.

Bagaimanapun, masalah tersebut tidak boleh diletakkan di bahu penjaga gol pinjaman, Sikh Izhan Nazrel yang mencatatkan jumlah tepisan terbanyak dalam liga dengan 84 'save' direkodkannya.

Persembahan memberangsangkan itu menyaksikan pemain muda tersebut dipanggil Kim Pan-gon untuk beraksi di pentas Asia yang pasti menaikkan lagi namanya sebagai penjaga gol paling berpotensi dalam Liga Super.

sik15_1678885472

Sikh Izhan memiliki reputasi cukup baik sebagai penjaga gol muda musim lalu. Facebook/Negeri Sembilan FC

Namun, peluangnya bersama Selangor FC musim depan dijangka masih pudar memandangkan pasukan itu masih meletakkan kepercayaan penuh buat dua penjaga gol utama, Khairulazhan Khalid serta Sam Somerville.

Jadi, dalam usaha menambah baik prestasinya, Sikh Izhan pasti akan terbuka untuk meninggalkan skuad Gergasi Merah untuk semusim lagi meskipun dengan hanya status pinjaman.

Antara destinasi terbaik yang boleh disenaraikan ialah Perak FC yang masih dalam usaha mencari seorang penjaga gol utama untuk saingan akan datang.

Peluangnya beraksi dalam skuad lebih muda akan memberikannya peluang menambah baik kebolehannya di samping membantu pasukan terbabit kembali bersaing dalam Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram