SATU slot untuk saingan Liga Super musim 2024/2025 masih lagi belum lagi diisi selepas pihak Malaysian Football League (MFL) membukanya untuk mana-mana pasukan.
Situas ini berlaku selepas Kelantan FC diturunkan ke Liga M3 apabila gagal untuk melunaskan hal berkaitan kewangan kelab terhadap pemain dan pegawai.
Dengan juara Liga M3 musim 2023, Imigresen FC serta naib juara iaitu KL Rovers dilihat tidak akan mencuba nasib mendapatkan tempat di Liga Super, hanya satu pasukan dilihat mahu kembali ke saingan tertinggi negara itu. Pasukan tersebut adalah Melaka FC.
Melaka FC yang dihidupkan selepas pembubaran Melaka United FC kini dalam proses untuk memastikan penyertaan mereka dalam Liga Super berjaya direalisasikan.
BACA LAGI: Klinsmann buka mulut kenapa dia tersenyum saat Romel Morales gegar gol Korea Selatan
Melaka (jersi merah) menamatkan saingan Liga M3 musim 2023 di tempat kesepuluh. — Melaka Football Club
BACA LAGI: Demi negeri tercinta, 3 legenda ini pernah tolak tawaran lumayan
Menurut Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA), mereka kini dalam proses untuk mendapatkan pandangan daripada semua kelab Liga M3 mengenai hasrat meninggalkan liga tersebut.
Masih lagi banyak perkara yang perlu MAFA pertimbangkan walaupun mereka benar-benar ingin beraksi di Liga Super saat Melaka meraikan sambutan 100 tahun bola sepak negeri itu.
"Berkenaan penyertaan di Liga Super untuk musim 2024/2025, MAFA sekarang berada di peringkat perbincangan dengan kelab-kelab Liga M3. Banyak perkara perlu diperhalusi MAFA termasuklah mendapatkan pendapat daripada Amateur Football League (AFL).
"Pihak pengurusan MAFA berazam dan komited untuk meningkatkan kualiti bola sepak di negeri Melaka supaya kami boleh kembali menjadi salah sebuah kuasa bola sepak Malaysia.
"MAFA akan meraikan sambutan 100 tahun pada tahun ini dan memerlukan nafas baharu dengan menghasilkan pemain berkualiti dari Melaka," kata Timbalan Presiden MAFA, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri.
Melaka yang sebelum ini turut terpalit isu kewangan dinafikan tempat untuk beraksi di Liga Super pada musim lalu terpaksa bermain di Liga M3.
Dengan terbukanya peluang untuk kembali ke Liga Super, Melaka pantas mengambil peluang tersebut namun masih timbul kerisauan episod masalah kewangan akan terus menghantui mereka.
Untuk rekod, hanya Melaka yang benar-benar berani menampilkan hasrat untuk ke Liga Super sementara Imigresen dan KL Rovers menolak kerana tidak melepasi syarat pelesenan yang ditetapkan MFL. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram