[VIDEO] Belum move on, klip sesi video call berjemaah skuad Liverpool undang rasa hiba penyokong


  • Podium
  • Isnin, 29 Jan 2024

Sesi sidang video antara pemain Liverpool bersama Klopp cukup menghiburkan penyokong mereka. — Agensi

PENGUMUMAN pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang memilih untuk meninggalkan kelab itu pada akhir musim jelas sekali mengecewakan ramai penyokong The Reds.

Selama sembilan tahun, Klopp telah memberikan persembahan bola sepak berkualiti tinggi serta membawa segala kejuaraan yang mampu diraihnya kembali ke Liverpool terutamanya gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun begitu, saat-saat indah Klopp dan Liverpool akan terhenti pada akhir musim 2023/2024 apabila pengurus dari Jerman itu memilih untuk berundur.

Masanya belum lagi tiba, tetapi penyokong Liverpool sudah terlalu sedih dengan apa yang berlaku. Ini ditambah pula apabila timbul rakaman lama mengenai sesi sidang video antara Klopp dan para pemainnya.

BACA LAGI: 'Janji ditepati', Faisal Halim hadiahkan abang rambut perang motosikal baharu

thumb_107151_default_news_size_5

Klopp (memakai topi) sememangnya mempunyai hubungan yang baik dengan para pemain Liverpool. — Agensi

BACA LAGI: 'Saya bantu Derrick Gan sebagai tanda sokong Malaysia', pemilik kedai capai target hadiahkan Honda RS150

Di saat England terpaksa melalui perintah berkurung akibat wabak Covid-19, pemain dan barisan kejurulatihan Liverpool terpaksa berkumpul menerusi sidang video untuk mengadakan sesi latihan bersama dari rumah masing-masing.

Ketika itu, pelbagai detik menarik dan lucu hadir seperti Klopp meminta kesemua pemain menyanyikan lagu "Selamat Hari Jadi" buat pemain Harvey Elliot dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Arab dan juga Belanda seperti dalam video yang tular di X (Twitter).

Malah, Klopp juga pernah memarahi para pemainnya kerana lewat tiba di sidang video apabila cuma terdapat tiga pemain sahaja munculkan diri.

"Ada enam jurulatih dan tiga pemain sahaja. Terbaik. Itulah yang sepatutnya terjadi," perli Klopp kepada para pemainnya yang lewat muncul dalam sidang video.

Rata-rata penyokong Liverpool begitu terhibur melihat video tersebut saat ia disiarkan buat kali pertama di media sosial kelab tersebut. Dan apabila ia kembali muncul, ia akan menghidupkan semula memori indah yang dimiliki bersama-sama pengurus tersebut.

Klopp telah meletakkan namanya sebagai salah seorang legenda dan ikon dalam sejarah Liverpool dan jika dia berjaya bawa pulang piala sekali lagi musim ini, ia akan menguatkan lagi legasinya bersama The Reds. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram