Xavi ke Liverpool lepas tinggalkan Barcelona?


  • Podium
  • Ahad, 28 Jan 2024

Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez dikhabar tinggalkan kelab tersebut hujung musim ini. — Agensi

DUNIA bola sepak antarabangsa sekali lagi dikejutkan dengan keputusan luar jangka Ketua Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez yang mahu meninggalkan kelab itu pada hujung musim ini.

Perkara itu disahkan menerusi perkongsian daripada pemerhati sukan terkenal, Fabrizio Romano di laman X.

"Xavi Hernandez telah memutuskan untuk meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini," ciapnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Jurgen Klopp sah tinggalkan Liverpool hujung musim

BACA LAGI: Piala Asia: Socceroos dibuai keyakinan tanpa banyak cetus keriuhan

Pengumuman itu dibuat selepas pasukan kendaliannya tewas 3-5 kepada Villarreal dalam aksi La Liga Sepanyol pada Ahad.

"Saya ingin mengumumkan bahawa pada 30 Jun, saya tidak akan meneruskan tugas sebagai jurulatih Barca lagi. Bagaimanapun, saya akan memberikan yang terbaik dalam empat bukan yang berbaki," katanya.

Sebelum ini, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp turut mengejutkan penyokong setia The Reds selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab tersebut.

Difahamkan, Klopp yang mengambil keputusan meninggalkan kelab Liverpool tersebut adalah disebabkan mahu berehat seketika.

Berikutan pengumuman tersebut, terdapat khabar angin mengatakan bahawa Xavi berpotensi berhijrah ke Liverpool untuk menggantikan tugas Klopp yang juga mengesahkan meninggalkan kelab tersebut hujung musim ini.

Meninjau ruangan komen, rata-rata penyokong bola sepak berasakan bahawa Xavi akan berhijrah ke Liverpool.

"Selamat datang ke Liverpool Xavi," kata @DonHaci.

"Nampak sudah masa depan Xavi ke mana, Liverpool pun tengah bergolak tu," kata @TheFodenSZN.

"Tukar angin ke Liverpool rasanya Xavi ni," kata ChaaliiyKay.

Untuk rekod, Xavi menjadi jurulatih Barcelona sejak November 2021 setelah meniggalkan kelub Qatar, Al Sadd selain berjaya membawa Barcelona bergelar juara La Liga musim 2022/2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram