PENJAGA gol utama pasukan kebangsaan, Syihan Hazmi yang beraksi cemerlang terus mendapat perhatian dan layak menerima pujian selepas aksi terakhir kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 menentang Korea pada Khamis, lapor Stadium Astro.
Syihan Hazmi yang dalam prestasi terbaik dilihat kerap berjaya menangkis asakan pemain Korea sehinggakan mereka buntu untuk menambah jaringan.
Ini telah memberikan kelegaan kepada peminat dan penyokong Harimau Malaya untuk menyaksikan dia terus berada di dalam prestasi terbaik bersama skuad kebangsaan.
Namun apa yang lebih mencuri tumpuan, bukan sahaja persembahan dia sahaja yang menjadi bualan, akan tetapi wajahnya turut menjadi buah mulut netizen Korea yang memuji penampilannya.
"Saya nampak tweet mengatakan penjaga gol Malaysia sangat comel. Selepas perlawanan, mak saya pun kata penjaga gol itu comel. Saya turut bersetuju," kata @Youknowgukwa.
"Kawan-kawan, penjaga gol Malaysia sangat comel," jelas @Eunha_0847D.
Akan tetapi, tidak kurang juga di antara mereka yang memuji kecekapan dalam persembahan Syihan menentang pasukan kebangsaan mereka pada Khamis.
"Kenapa penjaga gol Malaysia sangat baik?" soal @YooKoong.
"Tetapi penjaga gol Malaysia itu memang sangat baik," ijar @NctWave.
BACA LAGI: Peluk bersama hargai fans Harimau Malaya, bagai petanda duo JDT ke Pantai Timur semakin hampir
BACA LAGI: PM Anwar suntik dana RM5 juta buat FAM, pastikan Harimau Malaya lebih garang
Semoga persembahan Syihan di Piala Asia kali ini mampu membuka mata ramai pihak agar ada peluang untuk dia bersinar dalam liga ternama di luar pada masa akan datang dan seterusnya membantu pasukan kebangsaan untuk berada di kedudukan lebih baik.
Dengan rata-rata penyokong Korea mula memberikan kredit dengan persembahan Syihan, adakah kita bakal menyaksikan pemain berusia 27 tahun itu menyertai kelab di sana?
Sama-sama kita nantikan dan terus menyokong Harimau Malaya untuk layak ke Piala Asia 2027 yang akan diadakan di Arab Saudi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram