GAGAL ke pusingan ke-16 Piala Asia tidak menghentikan semangat juang Harimau Malaya apabila bangkit mengikat pasukan gergasi, Korea Selatan 3-3 dalam aksi Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar pada Khamis.
Separuh masa pertama bermula dengan penguasaan permainan dari Korea Selatan namun kredit perlu diberikan kepada barisan pertahanan apabila berhasil mengekang serangan daripada anak-anak buah Jurgen Klinsmann.
Selepas beberapa kali melakukan percubaan ke arah gawang yang dijaga Syihan Hazmi, Jeong Woo-yeong berhasil mencetak jaringan menerusi hantaran bantuan daripada Lee Kang-in pada minit ke-21.
BACA LAGI: [VIDEO] Intan Serah salah maki KPG, nak Pawi tapi Romel Morales menjadi
Bersambung pada babak kedua, anak-anak buah Kim Pan-gon seakan-akan mendapat tonik tambahan daripada bilik persalinan apabila tidak menunggu lama untuk melakukan serangan ke kubu pertahanan skuad The Taeguk Warriors.
Usaha Malaysia membuahkan hasil apabila mencetak jaringan pertama perlawanan hasil kombinasi Arif Aiman Hanapi yang disudahkan Faisal Halim pada minit ke-51 sudah cukup menggembirakan penyokong Malaysia.
Kesebelasan utama Harimau Malaya. — Facebook/FAM
BACA LAGI: 'Kita tak boleh hancurkan team', Piala Asia bukan pengakhiran Harimau Malaya
Skuad kendalian Pan-gon mendapat peluang kedua apabila pengadil perlawanan, Khaled Saleh Al-Turais memberi sepakan penalti selepas Arif Aiman dijatuhkan oleh pemain pertahanan lawan, Seol Yeong-woo.
Kem Harimau Malaya terus bersorak apabila penyerang sayap sensasi, Arif Aiman tenang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-62 dan menyaksikan Malaysia mendahului perlawanan.
Taktikal yang digunakan oleh Pan-gon semasa menentang Korea Selatan.
Korea Selatan menambah dua gol tambahan dari Lee Kang-in pada minit ke-83 dan sepakan penalti dari Son Heung-min menyempurnakan kemenangan skuad Taeguk Warriors.
Tidak kenal erti putus asa, Malaysia bangkit mengikat Korea Selatan menerusi jaringan dari Romel Morales pada babak kecederaan.
Melihat kepada ruangan komen, rata-rata penyokong Harimau Malaya senang hati dengan permainan dan persembahan anak-anak buah Pan-gon, pemain pertahanan Sabah FC, Dominic Tan dan Daniel Ting antara yang dihujani dengan pujian dari pemain ke-12 Malaysia.
"Lain macam Dom (Dominic) main malam ini, betul-betul all out," kata penyokong Harimau Malaya, Shamsul Ghani.
"Daniel Ting macam tu saja buang bola Son (Son Heung-min)," tambah penyokong Malaysia, Gila Sukan.
"Game malam ini semua main gila-gila," kata penyokong, Malik Mat — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram