HARIMAU Malaya menutup kempen Piala Asia 2023 dengan penuh kemanisan apabila berhasil mengikat pasukan ranking ke-23, Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar pada Khamis.
Tiga jaringan dari Harimau Malaya dicetak Faisal Halim pada minit ke-51, sepakan sempurna Arif Aiman Hanapi pada minit ke-62 dan pemain gantian, Romel Morales menyamakan kedudukan pada babak kecederaan.
Manakala, jaringan Korea Selatan pula pula disumbangkan dari Jeong Woo-yeong pada minit ke-21, sepakan percuma dari Lee Kang-in dan gol terakhir disempurnakan oleh bintang Tottenham Spurs, Son Heung-min.
Walaupun perlawanan Harimau Malaya berakhir dengan berkongsi satu mata dengan Korea Selatan namun tidak dapat dinafikan terdapat kritikan yang mempertikaikan pemilihan pemain pilihan Kim Pan-gon.
BACA LAGI: [VIDEO] Terciduk di tangan Harimau Malaya, bintang Spurs dalam poket double D
Tangkap layar ciapan Intan Serah.
Antara kritikan mempertikaikan pemilihan pemain yang diturunkan oleh pengendali Korea Selatan tersebut ialah ciapan dari pemain bola sepak wanita negara, Intan Sarah Anisah Zulgafli.
Intan Sarah atau lebih dikenali sebagai Intan Serah menginginkan Safawi Rasid untuk dimasukkan sebagai pemain gantian dan menafikan tindakan Pan-gon membawa masuk Romel pada penghujung babak permainan.
"Lagi pemilihan pemain yang bodo* daripada KPG (Kim Pan-gon). Masukkanlah Pawi (Safawi)," tulisnya selepas penggantian pemain dibuat.
BACA LAGI: 'Kita tak boleh hancurkan team', Piala Asia bukan pengakhiran Harimau Malaya
Tangkap layar ciapan Intan Sarah memuji percaturan Pan-gon.
Namun, percaturan Pan-gon membuahkan hasil dan menafikan pendapat Intan Sarah apabila Romel tidak membuang masa mencetak jaringan pada babak masa kecederaan dan golnya membantu Malaysia meraih satu mata berharga.
Keputusan seri itu sedikit sebanyak mengubat luka Malaysia yang terpaksa menerima hakikat gagal ke pusingan 16 selepas hanya meraih satu mata dan menghuni kedudukan keempat Kumpulan E. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram