Dominic Tan ampuh di Piala Asia, ramai patut minta maaf lepas keji CB 'solid' Sabah


  • Podium
  • Jumaat, 26 Jan 2024

Dominic Tan beraksi cukup cemerlang ketika bertemu Bahrain dan Korea Selatan. — FAM

PERJALANAN Malaysia di Piala Asia 2023 sudah berakhir apabila mereka pulang membawa satu mata hasil daripada keputusan seri bertemu Korea Selatan.

Keputusan 3-3 yang diraih pada aksi terakhir kumpulan E itu membolehkan Malaysia berjaya mencapai misi untuk meraih gol di Piala Asia serta mendapatkan satu mata. Untuk itu, mereka berjaya mengatasi rekod ketika menjadi tuan rumah bersama pada 2007.

Persembahan yang ditonjolkan barisan pemain Malaysia tidaklah begitu teruk, malah ada juga yang menampilkan aksi cemerlang berdepan bintang bola sepak Asia.

Antaranya adalah pemain pertahanan iaitu Dominic Tan. Sebelum ini, Dominic menjadi sasaran kecaman ekor Harimau Malaya yang menganggap pemain tersebut sebagai kerap melakukan kesilapan atau error-prone.

Setiap kali namanya diturunkan oleh Kim Pan-gon, pasti ada yang mengeji dan berasakan Malaysia akan mengalami masalah ketika perlawanan berlangsung.

BACA LAGI: [VIDEO] 'When magic happens', jaringan Faisal Halim raih pujian seteru, disebut sebagai GOTT

20240125204925_IMG_0617

Dominic (kiri) meraikan gol Malaysia bersama-sama Arif Aiman (kanan). — FAM

BACA LAGI: Tak tahan malu seri dengan Malaysia, fans Korea Selatan mahu Kim Pan-gon ganti Jurgen Klinsmann

Akan tetapi, Dominic telah membuktikan yang dirinya berhak berada dalam skuad kebangsaan dengan persembahan cemerlang bertemu Bahrain dan Korea Selatan.

Permainan keras serta kental menyerap segala asakan membuatkan Dominic antara stand-out performer Malaysia dalam dua perlawanan tersebut.

Menurut laman Sofascore, Dominic meraih rating 7.2 ketika berdepan Bahrain 6.6 sewaktu menentang Korea Selatan.

"Dominic Tan main dengan jiwa Harimau Malaya. Tahniah Dominic," kata penyokong bernama Pok Anjang.

"Dominic dah banyak improve, tahniah Dom," ujar Hafiz Md Yusuf pula.

"Dominic, you have redeem yourself, congratulations!," komen Joey Othman selepas terpukau menyaksikan aksi pemain itu.

Kini, terdapat juga gerakan yang mahu setiap haters Dominic memohon maaf kepada pertahanan Sabah FC tersebut atas kata-kata keji yang diberikan.

Jelas sekali di peringkat tertinggi, Dominic berjaya membuktikan ramai pihak salah dengan tanggapan negatif terhadapnya.

Malah ada juga yang memuat naik borang permohonan maaf kepada Dominic di media sosial sebagai tanda mereka tidak lagi mahu mengutuk pemain tersebut.

"Saya tak kira, semua yang kutuk Dominic Tan, mohon maaf secara terbuka. Solid dua perlawanan," kata pengulas terkenal, Aiman Roshizam.

"Dominic Tan dan Daniel Ting ni rating aku bagi 1000/10. Dah macam gandingan Alessandro Nesta dengan Paolo Maldini," ujar Sofwan Zulkepli.

"Dominic Tan pun selalu kena kutuk sebab selalu buat kesilapan. Tapi lawan Korea Selatan, Dominic adalah pertahanan berkelas dunia," komen Elmi Elmo yang kagum dengan persembahannya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram