SATU berita mengejutkan dunia bola sepak Asia apabila pasukan kebangsaan Oman mengambil keputusan untuk berpisah dengan Ketua Jurulatih, Branko Ivankovic pada Jumaat, lapor Stadium Astro.
Ia susulan selepas kegagalan pasukan Oman untuk meneruskan perjuangan ke pusingan 16 saingan Piala Asia 2023 di Qatar.
Oman yang diundi dalam Kumpulan F meraih dua keputusan seri dan satu kalah merangkumkan perjalanan Oman di Qatar sekali gus gagal meneruskan kemaraan ke pusingan 16.
BACA LAGI: [VIDEO] Saya percaya mampu menyumbang buat negara — Romel Morales
Branko Ivankovic dipecat oleh pasukan kebangsaan Oman susulan kegagalan meneruskan perjuangan ke pusingan 16 saingan Piala Asia 2023 di Qatar. — Agensi
BACA LAGI: [VIDEO] Sebijik! Gol Faisal Halim ulangi jaringan epik Pique, Sadio Mane
Keputusan tersebut nyata sesuatu yang tidak dapat diterima apabila badan induk pasukan kebangsaan itu mengambil keputusan untuk melepaskan khidmat Ivankovic.
Berikutan berita tersebut, kem negara pastinya tersenyum lebar apabila pengguguran pengendali tersebut dilihat memberi peluang kepada Harimau Malaya untuk kembali bersinar.
Hal ini kerana, Malaysia bakal berdepan dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Oman yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 26 Mac nanti.
Dengan pergolakan yang berlaku di kem Oman itu, tentunya Malaysia berpotensi untuk meraih keputusan positif dalam kedua-dua aksi tersebut.
Untuk rekod, Malaysia berjaya mencipta sejarah selepas mengikat pasukan gergasi Asia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3 pada perlawanan terakhir Kumpulan E pada Khamis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram