Anak Fandi Ahmad, Sumareh antara pemain raih kurang 5 minit beraksi atas padang


  • Podium
  • Jumaat, 26 Jan 2024

Sebahagian aksi menarik Ilhan ketika bermain bersama pasukan Deinze dI Eropah. — Instagram/ilhanfa

MINIT permainan amat penting buat semua pemain bagi mempamerkan aksi terbaik termasuklah pemain-pemain yang berada di peringkat perkembangan.

Baru-baru ini, pemain bola sepak Singapura, Ilhan Fandi akhirnya berjaya mendapatkan penampilan pertamanya di Liga Belgium bersama pasukan KMSK Deinze.

Meskipun hanya bermain selama lima minit permainan apabila diturunkan pada minit ke-85 perlawanan, Ilhan yang juga anak kepada Ketua Jurulatih Sri Pahang FC, Fandi Ahmad dilihat menghargai peluang yang diberikan oleh pasukan Deinze.

Bagaimanapun, bukan sahaja Ilhan malah terdapat beberapa pemain yang pernah mencatatkan kurang daripada lima minit permainan.

Berikut Majoriti menyenaraikan tiga pemain yang turut pernah menerima nasib yang sama dalam liga masing-masing.

BACA LAGI: [VIDEO] Terciduk di tangan Harimau Malaya, bintang Spurs dalam poket double D

WhatsApp Image 2024-01-25 at 22.50.38

Pemain Harimau Selatan, Sumareh tampil dengan minit permainan kurang baik selepas pernah beraksi hanya satu minit perlawanan. Facebook/FAM

1. Mohamadou Sumareh

Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh yang sebelum ini pernah beraksi cemerlang dalam saingan Liga M nampaknya turut termasuk antara pemain yang meraih minit permainan terendah.

Sumareh yang merupakan pemain sayap kanan pernah mencatat satu minit permainan ketika beraksi untuk Harimau Malaya.

Pemain kelahiran Gambia itu meraih satu minit permainan ketika Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 4-3 dalam saingan Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada November lalu.

WhatsApp Image 2024-01-25 at 22.50.37

Pemain berpengalaman, Natxo turut mencatat rekod minit permainan yang kurang memuaskan. Facebook/FAM

2. Natxo Insa

Jentera tengah Johor Darul Takzim (JDT), Natxo Insa antara pemain yang turut pernah mencatatkan rekod kurang minit beraksi di atas padang.

Ketika beraksi dalam saingan Liga Super 2023, Natxo pernah mencatat empat minit permainan ketika skuad Harimau Selatan berdepan Sri Pahang FC pada 25 Mei 2023.

Dalam aksi tersebut, Natxo yang menggantikan Afiq Fazail itu sekali gus menyaksikan Harimau Selatan meraih kemenangan dengan keputusan 2-0.

WhatsApp Image 2024-01-25 at 22.50.37 (1)

Luqman Hakim turut mencipta hanya satu minit beraksi di atas padang. Agensi

BACA LAGI: 'Kita tak boleh hancurkan team', Piala Asia bukan pengakhiran Harimau Malaya

3. Luqman Hakim Shamsudin

Penyerang muda, Luqman Hakim Shamsudin pernah berdepan nasib sama selepas dilihat antara pemain yang kurang mempunyai minit permainan.

Ketika bersama pasukan divisyen dua Iceland, Njardvik, Luqman Hakim hanya mencatat satu minit daripada tiga perlawanan sepanjang bulan Ogos lalu.

Perlawanan tersebut diperoleh ketika aksi pasukannya menentang UMD Selfoss yang mana menyaksikan Njardvík menang 3-2 ke atas kelabnya tuan rumah pada 17 Ogos 2023.

Penyerang kelahiran Kelantan itu memilih untuk beraksi dalam saingan Japan League (J-League) sebagai pinjaman selama setahun dengan kelab Liga 3 Jepun yang mana ia akan bermula pada Januari ini sehingga Disember 2024. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram