Tewas di tangan Jepun, nama tonggak JDT punca Indonesia tumbang di bumi Qatar


  • Podium
  • Khamis, 25 Jan 2024

Pasukan Jepun meraikan kemenangan selepas menewaskan Indonesia sekali gus mara ke pusingan kalah mati Piala Asia 2023. — Facebook/AFC

KECEWA, itulah yang diratapi oleh pasukan Indonesia yang ditunjukkan jalan keluar oleh kelab Jepun.

Sang Garuda yang berjaya menewaskan Vietnam pada perlawanan kedua saingan Piala Asia 2023 di Qatar terpaksa akur selepas tewas 1-3 di tangan pasukan Matahari Terbit itu.

Kekalahan tersebut sekali gus melihat pasukan kendalian Shin Tae-yong terpaksa melupakan impian ke pusingan kalah mati.

Dalam perlawanan tersebut, tiga gol berjaya disumbat oleh Jepun menerusi Ayase Ueda yang mencetak dua gol dan Justin Hubner satu jaringan.

BACA LAGI: [VIDEO] Demi harumkan nama negara, bintang JDT 'fight' sampai patah hidung

WhatsApp Image 2024-01-25 at 15.54.34

Jordi Amat dianggap punca tewas di tangan Jepun selepas memberikan penalti kepada pasukan Matahari Terbit itu. — Facebook

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tiada yang mustahil, fans kongsi video Harimau Malaya pernah benam ego Korea Selatan

Enggan pulang dengan tangan kosong, Sandy Walsh berjaya menyumbat gol sagu hati pada minit-minit akhir perlawanan.

Namun, kekasaran kapten Indonesia, Jordi Amat menjadi bualan hangat kerana dilihat sengaja menghadiahkan sepakan penalti buat Jepun yang berjaya disudahkan oleh Ayase Ueda menewaskan penjaga gol Indonesia, Ernando Ari.

Dalam pada itu, rata-rata penyokong Sang Garuda berasakan kekalahan itu berpunca daripada tonggak Johor Darul Takzim (JDT), Jordi Amat.

"Jordi ingat main Liga Super kot, terjah lawan tak dapat penalti. Ini Asia Cup lah, mata ada di mana-mana," kata Mael.

"Jordi Amat selalu tak lucky bersama team Indonesia," kata Azmi Mee.

"Tengah main Liga Malaysia ke tu Jordi?," perli Ezwad Noran. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram