KEKURANGAN perlawanan kompetetif yang dihadapi Sabah FC dikhuatiri akan mengganggu persiapan mereka menjelang aksi separuh akhir Zon ASEAN menentang kelab Australia, Macarthur pada 13 Februari.
Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, meskipun sudah mengadakan sesi latihan sejak minggu lalu, kesukaran mengadakan satu perlawanan persahabatan menentang pasukan berkualiti menjadikan kegusaran buatnya.
"Kesemua pasukan dari Semenanjung Malaysia masih sedang bercuti. Jadi, adalah agak sukar buat kami untuk mendapatkan lawan bagi aksi pemanas badan," katanya.
Setakat ini, skuad Sang Badak merupakan pasukan Liga Super pertama mengadakan sesi latihan kerana masih berentap dalam saingan Piala AFC.
Ketika ditanya mengenai keterbukaannya untuk berdepan mana-mana kelab amatur atau semi-profesional di Sabah, Kim Swee menyatakan ia tidak akan memberi nilai kompetetif itu.
BACA LAGI: Kem Sabah FC pernah huru-hara angkara 2 orang penting 'ponteng' latihan
Skuad Sang Badak kini kembali mengadakan sesi latihan berpusat. — Facebook/Sabah FC
"Dengan rasa hormat kepada semua pasukan ini, kami mahu mereka yang betul-betul dapat menguji kami. Kami mahu satu perlawanan berintensiti tinggi yang membolehkan kami beraksi sebagaimana dimahukan ketika berdepan Macarthur nanti.
"Jika anda menentang kelab amatur, anda mampu menang tetapi anda tidak akan pernah belajar. Anda tidak akan pernah tahu apakah yang perlu ditambah baik," katanya.
Jelas pengendali berusia 53 tahun itu lagi, Macarthur mempunyai kelebihan menjelang perlawanan berkenaan kerana Liga Australia masih sedang berlangsung ketika ini.
Ini akan menyebabkan momentum menyebelahi skuad kendalian Mile Sterjovski, namun jurang masih boleh dikecilkan sekiranya mereka dapat mengadakan satu aksi persahabatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Jika mahu jimat duit, Sabah wajar buru 3 rakan Saddil Ramdani di Piala Asia
Liga Australia yang sedang berlangsung memberi kelebihan buat Macarthur. — Agensi
"Ya, kami sudah kembali ke padang latihan dan cuba mendapatkan semula kecergasan pemain. Tetapi, berlatih gaya permainan kami tanpa situasi permainan sebenar tidak membantu. Sata harap kami dapat menjalani dua perlawanan persahabatan sebelum aksi tersebut,"katanya.
Skuad Sang Badak tidak akan dapat menurunkan dua pemain pertahanan, Rizal Ghazali dan Irfan Zakaria serta penyerang, Amri Yahyah selepas kontrak masing-masing bersama pasukan itu sudah tamat.
Di samping itu, pasukan di tangga ketiga Liga Super 2023 tersebut difahamkan sedang mengadakan perbincangan bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk melanjutkan kontrak bek kiri, Daniel Ting.
Jadi, untuk mengisi kekosongan berkenaan, Sabah FC memilih untuk mendapatkan pemain tengah muda, Harith Naem Jaineh dari Perak FC dan akan cuba menarik lebih ramai ubi muda daripada skuad Piala Presiden mereka. — The Star/T AVINESHWARAN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram