PERJUANGAN Malaysia di Piala Asia 2023 mungkin sudah berakhir tetapi kita masih lagi ada peluang untuk mencipta sesuatu sebelum pulang.
Harimau Malaya akan berdepan pasukan yang begitu sukar untuk ditewaskan iaitu Korea Selatan dalam misi untuk mendapatkan jaringan pertama di Qatar sambil cuba-cuba untuk menghalang mereka dengan mendapatkan satu mata.
Dalam pada itu, terdapat juga panggilan daripada penyokong yang berharapkan Kim Pan-gon akan melakukan beberapa pertukaran pemain untuk turun berdepan Korea Selatan.
Ada yang berasakan elok Pan-gon menurunkan kesebelasan yang benar-benar berbeza kerana semua pemain berhak untuk menikmati peluang beraksi di Piala Asia.
Akan tetapi, terdapat satu nama yang penyokong benar-benar ingin Pan-gon pertimbangkan untuk dibawa turun menentang Korea Selatan iaitu Brendan Gan.
Gan sebelum ini disebut-sebut menjadi pemain yang sepatutnya diturunkan oleh Pan-gon dan bukannya Natxo Insa ketika kekalahan bertemu Bahrain.
Kini ada satu lagi perlawanan, ekor Harimau Malaya amat berharap agar Gan diberikan peluang untuk beraksi supaya dapat menonjolkan kehebatannya mengawal tengah.
"Semoga Brendan Gan dapat diturunkan pada perlawanan menentang Korea Selatan nanti," kata penyokong bernama Luqman Hakim.
"Brendan Gan lebih hebat berbanding Natxo Insa," ujar Shukor Md Zain pula.
"Kasihan Brendan Gan tak main, si botak tu juga yang main," komen Zack JB.
BACA LAGI: [VIDEO] Sebelum De Paula, 3 pemain import 'lejen' nyaris sarung jersi Harimau Malaya
Gan (kiri) berpeluang diturunkan bertemu Korea Selatan. — Facebook/FAM
Dalam masa yang sama, ada juga yang ingin melihat gandingan Gan dengan bersama beberapa pemain lain untuk memastikan Malaysia mempunyai peluang mencuri mata bertemu Korea Selatan.
Antara nama-nama yang disebut adalah penyerang Darren Lok serta pemain sayap, Safawi Rasid.
"Bahagian tengah tu kena bagi Brendan Gan-Darren Lok, dua orang kena main sekali baru padat bahagian tengah. Penyerang dah tak perlu naik turun sangat," cadang penyokong bernama Muhammad Sufyan.
"Kami nak Brendan Gan+Darren Lok+Safawi Rasid," kata Aron Koh pula. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram