Syafiq Ahmad calon gred A boleh meletup ganti Shahrel Fikri


  • Podium
  • Rabu, 24 Jan 2024

Syafiq Ahmad boleh menjadi wira di Negeri Sembilan. — Agensi

SEPERTI pasukan-pasukan lain di Liga Super, Negeri Sembilan FC (NSFC) turut dalam mod persiapan menjelang musim baharu.

Namun begitu, mereka masih memerlukan penelitian sebelum keputusan dibuat untuk mendapatkan pemain baharu.

Apa yang pasti, satu posisi yang perlu dibaiki adalah barisan serangan. Dengan Shahrel Fikri dijangka tidak lagi bersama-sama NSFC, mereka perlu cari pengganti.

Dalam analisis ringkas Majoriti kali ini, kita akan menduga siapakah tiga penyerang yang sesuai untuk skuad Jang dapatkan musim depan:

1. Haqimi Azim

Penyerang tinggi lampai ini mencipta sensasi apabila muncul penjaring buat Malaysia ketika saingan Piala AFF 2022.

Dengan potensi yang ada, bagaimana pun ia tidak dipenuhi dengan baik oleh Kuala Lumpur City FC kerana skuad tersebut lebih mengutamakan penyerang import.

Oleh itu, NSFC boleh cuba mendapatkan Haqimi untuk menyegarkan barisan serangan. Dengan usia yang masih muda, skuad Jang boleh cuba mengikat pemain tersebut dengan lebih lama supaya ada masa untuk menggilap bakatnya.

Jika digilap dengan baik, tidak mustahil Haqimi boleh jadi penyerang handalan negara satu hari nanti.

BACA LAGI: 'Saya cuma nampak kebencian', Liridon bagi emoji love hitam kuning tagih sokongan ekor Harimau Malaya

Haqimi-Azim-700x467

Haqimi (tengah) meraikan jaringannya di Piala AFF 2022. — FAM

2. Isa Raman

Penyerang yang muncul sebagai wira Piala MFL buat Terengganu FC II ini juga boleh dipertimbangkan oleh NSFC.

Isa merupakan seorang pemain yang bijak menghidu peluang, dan mampu untuk menghasilkan jaringan yang menjurus kepada kemenangan pasukan diwakilinya.

Kini tidak mempunyai kelab selepas dilepaskan TFC, NSFC berpeluang untuk mendapatkan Isa secara percuma. Dengan bakatnya sudah digilap dengan baik, tinggal sedikit saja kerja yang perlu dilakukan oleh NSFC bagi memastikan Isa cemerlang bersama mereka.

Bisa itu sudah ada, cuma perlu diasah supaya tajam 'menikam' pihak lawan.

MuhammadIsaRaman_1700373288

Isa dilepaskan TFC selepas membantu mereka memenangi Piala MFL. — Terengganu FC

3. Syafiq Ahmad

Ini adalah penyelesaian idaman yang boleh dibayangkan oleh NSFC. Tak kira sama ada pinjam atau dapatkan terus, Syafiq adalah rekrut kelas A boleh diperoleh mereka.

Kualiti penyudah yang tajam serta jaminan gol oleh Syafiq pasti akan membantu NSFC mempunyai musim lebih baik berbanding tahun lepas.

BACA LAGI: Ekor HM dan Hong Kong 'musuh' atas padang, siap menang 4-3 aksi 'friendly' di Qatar

69497798_2372772659486151_3964098344254439424_n

Tiada siapa boleh nafi ketajaman penyudah Syafiq Ahmad. — FAM

Dengan masa depannya masih tidak menentu, NSFC mungkin boleh cuba-cuba masuk line untuk dapatkan Syafiq yang hangat dikaitkan dengan beberapa kelab.

Jika berjaya dapatkan, NSFC akan cukup ampuh di depan. Mungkin mereka perlu mencari seorang penyerang import pula yang akan dilihat serasi beraksi bersamanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram