Sri Pahang buat kira-kira bawa masuk 5 pemain termasuk bintang Itali isi 3 posisi 'crucial'


  • Podium
  • Rabu, 24 Jan 2024

Sri Pahang menamatkan kempen Liga Super di tangga kelima dengan mengutip 45 mata. — Facebook/SriPahang

ROMBAKAN pemain selepas liga berakhir boleh disifatkan sebagai tradisi rasmi buat beberapa kelab Liga Malaysia (Liga M) kerana ia adalah kesempatan yang boleh dimanfaatkan pihak pengurusan ataupun barisan kejurulatihan untuk menyalin wajah baharu.

Misalnya, Sri Pahang menjadi antara pasukan Liga Super yang awal berkongsi mengenai rancangan musim depan dengan mereka baru sahaja mengucapkan selamat tinggal kepada 10 pemain.

WhatsApp Image 2024-01-23 at 5.59.35 PM

Pemain-pemain yang dikaitkan dengan Sri Pahang menjelang musim baharu.

"Sri Pahang FC merakamkan ucapan terima kasih kepada 10 pemain yang tidak lagi akan bersama kelab bagi mengharungi Liga Malaysia 2024.

"Komitmen, dedikasi dan keringat yang dicurahkan Kevin Ingreso, Michael Glassock, Lucas da Silva, Sherzod Fayziev, Nicholas Swirad, Muslim Ahmad, Malik Mat Arif, Zuhair Aizat, Wan Syazmin dan Shahrul Nizam sepanjang menyarung jersi Tok Gajah, serta impak positif yang dibawa kepada kelab akan sentiasa dihargai dan dikenang.

"Terima kasih, semoga terus berjaya bersama pasukan baru," memetik kenyataan rasmi Tok Gajah di Facebook.

Pengguguran 10 pemain berkenaan bagaimanapun membuka peluang kepada skuad Tok Gajah mencari pemain baharu dengan beberapa nama bintang termasuk bekas tonggak kebangsaan

Selepas mengenal pasti beberapa posisi yang dianggap boleh memberi masalah kepada Sri Pahang, pihak pengurusan difahamkan sedang memburu lima pemain untuk membantu mencapai kedudukan lebih baik pada musim 2024/2025.

BACA LAGI: Sah 'ikat tepi' Syazwan Andik, gandingan bersama Azam Azih diharap beri sinar buat Tok Gajah

1) Jentera tengah bertahan

WhatsApp Image 2024-01-23 at 5.54.11 PM

Avanzini menyertai KL City pada awal musim ini. — Facebook/KLCity

Posisi pemain tengah bertahan dilabel sebagai anchor pasukan sentiasa memainkan peranan penting dalam mematahkan serangan pihak lawan dan menghubungkan jentera pertahanan dan serangan pasukan.

Sebelum ini, Kevin Ingreso memainkan watak penting sebagai pemain tengah bertahan untuk skuad Tok Gajah sejak musim 2022 namun kini Fandi Ahmad perlu mencari tonggak lain untuk menggantikan import Filipina yang meninggalkan Pahang pada tahun lepas.

Nama Habib Haroon menjadi calon utama Sri Pahang dengan pemain itu mempunyai portfolio mengagumkan apabila import kelahiran Bahrain itu antara watak penting membawa skuad Penyu ke pentas akhir Piala FA pada 2022 dan perlawanan akhir Piala Malaysia 2023.

Calon lain untuk mengisi defensive midfielder ialah import Kuala Lumpur (KL) City FV, Sebastian Avanzini selepas ciapan daripada pemerhati bola sepak, T. Avineshwaran mengatakan pemain tengah kelahiran Itali itu sedang menarik minat Șri Pahang.

Tonggak tengah yang berketinggian 1.85 itu bukan sahaja membantu menggerakkan jentera tengah KL City, malah turut menyumbang dua jaringan gol dan dua hantaran bantuan untuk skuad Warga Kota dalam 22 aksi Liga Super dia diturunkan

2) Penjaga gol

WhatsApp Image 2024-01-23 at 5.55.50 PM

Rahadiazli dikaitkan ke Sri Pahang pada musim depan. — Facebook/TFC

Penjaga gol ataupun benteng terakhir pasukan Sri Pahang musim ini banyak menggunakan khidmat pemain pinjaman Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi namun prestasi pemain itu semakin merudum dalam beberapa akhir perlawanan.

Daripada 19 perlawanan domestik Izham diturunkan, pemain berusia 32 tahun itu dibolosi sebanyak 23 kali sementara mencatatkan enam clean sheets dalam pasukan yang sedikit bergelut dengan masalah prestasi.

Status pemain pinjaman dan isu prestasi Izham membuatkan nama penjaga gawang Terengganu, Rahadiazli Rahalim diangkat untuk menjadi benteng terakhir kelab Pantai Timur berkenaan.

Dengan kelebihan penjaga gawang berketinggian 1.92 meter berkenaan dan pengalamannya bersama Harimau Malaya serta TFC, pasti ramai kelab Liga Super memburu khidmat Rahadi.

Selain Rahadi, penjaga gol pinjaman Selangor FC, Sikh Izhan yang musim ini tampil dengan persembahan cemerlang bersama Negeri Sembilan FC (NSFC) juga menjadi alternatif Sri Pahang menjelang saingan baharu.

3) Penyerang

WhatsApp Image 2024-01-23 at 5.58.46 PM

Hazwan (kanan) bakal meninggalkan JDT selepas tujuh musim bersama Harimau Selatan. — Facebook/JDT

BACA LAGI: Sri Pahang dipuji bijak kekalkan bek JDT, buka mata KPG pilih pemain

Selepas tidak berada dalam perancangan Johor Darul Taksim (JDT), pasukan seperti Sri Pahang FC dan Perak FC difahamkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang Harimau Selatan, Hazwan Bakri untuk saingan akan datang.

Jika desas-desus tersebut menjadi realiti, kehadiran Hazwan Bakri ke pangkuan Tok Gajah sememangnya bakal memperkukuhkan bahagian serangan Sri Pahang yang kini banyak bergantung harap kepada penyerang import, Kpah Sherman.

Namun, Hazwan difahamkan terpaksa menunggu sehingga sekurang-kurangnya pertengahan musim untuk kembali beraksi dan sekali gus ekoran mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL).

Untuk rekod, sepanjang 63 penampilannya bersama JDT, Hazwan berjaya merekodkan 10 jaringan manakala aksinya bersama skuad Kebangsaan menyaksikan dia mencetak tujuh jaringan daripada 32 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram