Jeneral Jordan di Piala Asia terus setia bersama Gergasi Merah


  • Podium
  • Rabu, 24 Jan 2024

Noor (kanan) akan terus kekal bersama Selangor. — Agensi

BERITA gembira buat penyokong Selangor FC apabila kelab itu memastikan para pemain mereka akan terus kekal bersama kelab.

Selepas mereka berjaya mengekalkan khidmat penyerang muda berpotensi tinggi iaitu Izwan Yuslan, Selangor berhasil untuk memastikan jeneral tengah mereka iaitu Noor Al-Rawabdeh akan terus bersama Gergasi Merah.

Noor yang merupakan antara sebahagian skuad Jordan di Piala Asia 2023, akan terus bersama Selangor bagi musim 2024/2025 apabila kelab Lembah Klang itu akan terlibat dalam kejohanan bola sepak Asia.

Selepas cemerlang beraksi untuk Jordan terutamanya ketika perlawanan menentang Malaysia pada aksi pembukaan, kini Selangor berharap prestasi itu dapat dibawa pulang apabila bersama Gergasi Merah.

Untuk rekod, Noor mencatatkan rating setinggi 6.9 ketika bertemu Malaysia menurut laman Sofascore.

"Kami cukup teruja untuk mengumumkan, Noor Al-Rawabdeh, si Jurutera, akan meneruskan khidmatnya bersama-sama kami bagi musim 2024/2025 kelak.

"Dia menamatkan musim sulungnya dengan melakukan 28 penampilan sambil menghasilkan lima gol serta tiga bantuan gol," kata Selangor dalam kenyataan mereka.

BACA LAGI: [VIDEO] Saya pernah berada dalam situasi itu — Mat Yo

1902327

Noor akan kekal semusim lagi bersama-sama Selangor. — Selangor FC

BACA LAGI: ‘Bagi dia banyak minit’, Selangor diminta gilap bakat lepas lanjut kontrak ubi muda

Dengan kekalnya Noor dalam skuad Selangor ini akan menguatkan lagi barisan kendalian Tan Cheng Hoe apabila kelab memilih mengekalkan asas yang ada. Jika mereka mendapatkan pemain baharu kelak, ia akan bertindak sebagai pelengkap Noor di bahagian tengah.

Selain Noor, seorang lagi pemain tengah import iaitu Yohandry Orozco juga dijangka kekal dan ini hanya memerlukan Selangor untuk melakukan perubahan kecil di posisi tersebut

Noor dijangka menjadi satu-satunya pemain dari Jordan di Selangor selepas mereka menamatkan kontrak Yazan Al-Arab akibat masalah disiplin pada akhir musim.

Namun begitu, mereka masih boleh cuba untuk mendapatkan pemain Jordan yang lain. Sebagai contoh, Yazan Al-Naimat boleh dipertimbangkan oleh Gergasi Merah jika mereka mahu mendapatkan penyerang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram