[VIDEO] Angkara 'content ayam', influencer maut kepala tersembam atas lantai


  • Benua
  • Isnin, 22 Jan 2024

Tangkap layar memaparkan Churchill terjatuh ketika cuba membuat aksi di sebuah gelanggang bola keranjang pada 18 Januari lalu. — Agensi

SEORANG pencipta kandungan pendek (skit maker) media sosial di Nigeria meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah ketika membuat aksi bagi kandungan videonya.

Insiden tersebut turut dirakam dan tular sejak Khamis lalu yang memaparkan detik-detik apabila lelaki berkenaan terjatuh selepas cuba melompat bagi menyentuh jaring bola keranjang.

Menerusi satu video yang dilihat oleh PUNCH Online, dia yang dikenali sebagai Churchill terjatuh dengan kepalanya terhantuk ke atas lantai gelanggang bola keranjang terbabit.

Saksi yang berada berdekatan lokasi kejadian pada 18 Januari lalu kemudiannya bergegas membawa mangsa ke hospital.

BACA LAGI: [VIDEO] CEO maut terjatuh dari ketinggian 4m ketika buat gimik ketibaan atas pentas

Bagaimanapun, usaha bagi merawat menyelamatkannya dilaporkan gagal dengan Churchill dilaporkan meninggal dunia beberapa hari kemudian.

Seorang pengguna akaun Instagram, #LadyResa, yang mengaku sebagai rakan Churchill di universiti memaklumkan bahawa sebelum meninggal dunia, Churchill terlebih dahulu terlantar di hospital selama beberapa hari ekoran kejadian tersebut.

“Dia terlantar dengan kecederaan parah di bahagian leher. Tetapi tidak dapat bertahan kerana kecederaan dalaman,” ujarnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Suami ajak 'selfie' atas eskalator punca bayi maut terjatuh dari ketinggian 3 tingkat

IMG_2274

Churchill mengalami kecederaan di bahagian leher akibat kemalangan tersebut. — Agensi

Wanita itu juga memberitahu wartawan bahawa Churchill meninggal dunia kira-kira empat hari selepas kejadian iaitu pada Ahad lalu.

Tahun lepas, pelakon Nollywood dan skit maker, Favor Daniels meninggal dunia dalam kemalangan bot.

Pencipta kandungan Port Harcourt, John Kennedy Kanu, lebih dikenali sebagai Bros Jay Kay, juga meninggal dunia tahun lalu dalam kemalangan maut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram